Friday, October 31, 2008
Selamat Tinggal..

Icemans9, hari ini ulang tahun kamu yang ke-3. Kamu sudah besar. Kamu sudah 3tahun menjadi tempat aku meluah perasaan. Kamu telah menjadi saksi contengan aku.. Tidak kira contengan gembira, suka, atau duka.. Kamu setia bersamaku.. Setia menerima luahan hati aku. Walaupun kamu diam membisu, tapi di dalam kamu, terlalu banyak kenangan pahit manis hidup aku sendiri. Bersama seseorang, bersama adik tersayang... Icemans9, aku sayang kamu.. Aku sudah berkorban masa dan tenaga, idea.. Untuk menjaga kamu selama ini.. Namun... Sekarang... Kamu perlu bergerak sendiri.. Kamu perlu berdiam diri.. Kamu akan berseorangan...... Kerana..., aku tidak lagi bersama kamu... Dan kenangan-kenangan yang telah aku abadikan di dalam kamu... Terima kasih icemans9.......

Seseorang yang pernah disayang... Sepanjang mengenali kamu, aku gembira. Terima kasih atas segala pengorbanan kamu... Kelembutan kamu.. Dan kata-kata kamu.. Aku menghargai setiap satu apa yang telah kamu korbankan.. Aku akan mengingati setiap yang kamu beri selagi mampu sebagai tanda penghargaan aku kepada kamu.. Walaupun aku terluka, tapi aku tetap mengingati.. Kerana apa yang baik itu adalah selama-lamanya.. Aku sudah mengotakan janji untuk menjadi seorang yang setia.. Aku berjaya... Mungkin kamu sedang berbahagia.. Mungkin kamu selesa bersama kehidupan kamu saat ini.. Sesaat mengenang kenangan bersama kamu, membuat aku sangat tenang... Kerana sekurang-kurangnya, aku pernah membuat kamu tersenyum.. Ketawa dan bahagia... Aku pernah melihat wajah bahagia kamu.. Cantik... Kini, kamu sudah pergi.. Kamu pergi dari kehidupan aku.. Aku relakan...  Demi kebahagiaan kamu sendiri... Aku sentiasa mendoakan kebahagiaan kamu.. Semoga kamu menemui sesuatu yang lebih baik berbanding aku.... Maaf andai selama kita menjalinkan hubungan cinta, aku banyak melukai kamu... Menyinggung perasaan kamu... Sesungguhnya, aku telah melakukan yang terbaik.. Yang termampu... Aku memaafkan kamu atas segalanya... Terima kasih... Terima kasih yang tak terhingga........ Terima kasih atas segala-galanya...



Adik tersayang.... Kamu tiada lagi bukan...? Abg selalu merindui kamu... Pemergian kamu meninggalkan kekosongan luas dalam hati abg... Abg merindui celoteh kamu... Gelak tawa kamu... Suara kamu... Wajah comel kamu..... Adik, semenjak abg bertemu dengan adik satu ketika dulu, abg gembira... Kamu adik yang manja.... Sangat manja... Dan abg sgt menyenangi kamu... Abg senang bersama kamu yang selalu berharap pada abg.... Setiap telatah manjamu masih segar dalam ingatan abg.. Suara rungutanmu... Suara rajukmu... Kamu selalu bermanja... Abg sangat menyayangi kamu... Adik, perubahan kamu membawa makna... Namun abg gembira berkorban untuk kamu... Abg gembira berkesempatan menyayangi kamu... Abg mendoakan kamu... Selalu mengingati kamu... Merindui dan menyayangi... Semoga adik bahagia di sana... Bersama-sama insan terpilih... Adik, Salam sayang...... Abang selalu merinduimu...

Readers...... Terima kasih atas segala sokongan kamu semua selama aku bersama blog ini... Kini aku tidak lagi di sini... Aku sudah memulakan kehidupan baru... Sampai waktunya nanti, aku akan kembali.. Bersama sebuah coretan baru yang segar. Terima kasih atas segala-galanya... Dengan ini, secara rasminya, aku menutup blog ini.. Segala contengan di sini adalah kenangan.. Semoga bertemu lagi... Salam hormat..

* Aku kini berada di SINI




Thursday, September 18, 2008
Terima Kasih Kalian Berdua..

Aku bahagia begini... Terima kasih kepada yang pernah membahagiakan, menggembirakan, mengisi kehidupan, melukakan, menyakitkan dan mengecewakan.. Sesungguhnya itu adalah kenangan yang baik dan berharga.. Aku tiada lagi untuk kalian. Jangan kembali ke kehidupan ini.. Kerana aku sudah bisa berdiri. Setelah kalian membuatku jatuh dan luka yang tiada akan pernah sembuh. Aku seupayanya bangun dari kejatuhan itu.. Dan menongkah segala kepayahan dan penderitaan.. Seperti mana kepayahan aku berkorban untuk kalian, yang tiada kalian cuba ingat dan hargai.. Aku redha dengan perubahan ini..

Aku sudah bangun berdiri. Dengan kekuatan yang baru.. Kalian tiada kesalahan lagi.. Aku sudah setia memaafkan.. Seperti mana selalu.. Yang akhirnya memberanikan kalian untuk menindas tanpa menghargai.. Kedua tangan ini sentiasa mengingati.. Segala usaha yang kulakukan untuk membahagiakan kalian.. Dan hati ini akan terus merasai, setiap kasih dan sayang untuk kalian.. Walaupun kini ianya gelap terpadam tanpa bisa diterangi walau dengan sebias cahaya sekalipun....Semoga kalian menjadi lebih baik dengan kehidupan yang kalian dambakan. Terima kasih kalian berdua.. Atas segalanya.. Atas kebahagiaan dan kelukaan..




Wednesday, September 10, 2008
Selamat Hari Lahir... Adik...~



Adik.. Selamat hari lahir yang ke 16... Semoga dengan meningkatnya usia adik, adik akan dapat menjadi seorang yang lebih matang dan berdikari.. Abang doakan kejayaan, kebahagiaan, kesihatan dan kesejahteraan adik.. Semoga adik kekal bahagia bersama orang-orang tersayang... Semoga adik dapat mencapai segala cita-cita dan impian, dan terus berada di atas tanpa lupa di mana adik bermula.. Adik, jaga diri sebaik-baiknya... Salam sayang.. -ABANG-

Posted at 10:02 pm by hakim
Komen sini la!  




Monday, September 01, 2008
Sebuah Perjalanan Yang Dangerous!!

   3 pagi. Aku terkejot dan terkesima.. Ada orang gila secara tiba-tiba ketok pintu macam orang sawan.. Sudah gila, tambah sawan lagi. Gila dasyat kecetekan mental orang tersebot. Aku tahu niat dia suci. Tapi jangan ketuk pintu orang macam orang mahu cari gado.. Adoi.. Aku ingat hantu mana. Tak guna. Habis mood tidur. Baru saja mahu mimpi cerita indah-indah.. Beautiful.. Sweet-sweet dream.. Tak pasal-pasal terpaksa meratah burger Zinger. Haih…. Sudah mula puasa.. Ehem.. Takda perasaan.. Puasa di.. HUTAN. Macam best.. Aku perlu jadi sedikit hipokrit untuk menenangkan hati sendiri.. Hohoho..

   Malam tadi aku berspeaking sama Zul. Sementara tunggu mata mengantok. Kami borak-borak secara lucu.. Memang lucu.. Gila lucu.. Zul pejam mata.. Aku jerit..

“Weh!! Zul! Wake up!! How dare u to tido-tido..!!”

Kemudian Zul bangon.. Dia cuba menyatakan bahawa beliau hanya tidur-tidur ayam secara berspeaking..

“I’m just chicken sleep!!”

   Ahahahahahahahahahahahahahahaha!!!!!!!! Aku gelak macam kena sawan!! Aku takley tahan.. Aku guling-guling.. Aku memang rasa nak gelak sekuat hati.. Sakit perot.. Ahahahahahahah!! Zul gila lawak.. Adoi.. Istilah mahal owkey. Chicken sleep... Dengan muka gila konfiden! Ahahahahhahahah!! TAK BLEY TAHAN!!!!! Dush! Dush!!! Haih...

 

   Petang tadi pergi Jitra.. Kagum owkey? Aku driving di negeri alien. Dan.. Kelam kabot.. Owkey.. Kerana pemandu arah tidak berapa nak tentu arah.. Bila ada dua penunjuk arah, kereta secara automatic hilang kawalan. Satu cakap ke kiri, satu cakap ke kanan.. Aku konfius.. Cuma aku memang super cool bawak kereta macam seorang gila expert dengan jalan tersebot.. Pasang signal ke kanan.. Tiba-tiba mereka jerit “Kiriiii!!!!!” dan… Aku dengan ala-ala samseng jalan raya membelok ke kiri secara ngeri dan merbahaya di depan pakcik berkereta Waja.. Ahahahahahah… Bukan salah aku.. Aku cuma memandu.. Mereka punya pasal owkey?? Mereka tidak istiqamah dengan jalan-jalan di sini. Pak cik Waja, kami minta maaf atas ketidak sopanan kami di jalan raya.. Ahahahah...

   Sampai di JITRA MALL pukol 1 petang.. Kami gado.. Agak gado juga.. Mahu menonton wayang.. Yana dan Zaty mo tengok SUSUK.. Aku dan Faridz mo cerita klaka.. Tapi kami kalah.. Yana dan Zaty menang.. 1-0.. Takpa.. Kami beli tiket.. Dan kemudian pergi makan… Agak sedap makan di sebuah kedai makan tersebot.. Yana sudah habis 3 gelas AIS.. Owkey, Yana adalah pengunyah ais ekstrim yang berjaya… Dia manusia pelik.. Agak pelik… Gila ais.. Faridz mula diserang kesakitan perot.. Dia sangat kesian.. Tapi kami tabahkan hati.. Demi satu hari bermakna yang perlu digunakan sebaik-baiknya.. Tapi.. Berjalan dengan perempuan memang normal.. KASUT…BAJU..KASUT..BAJU… Penin.. Cuba cari benda lain.. Spare part kereta kaa.. Tong gas kaa.. Maksud aku, perkara-perkara yang agak ganas dan kelelakian sedikit. Boleh tak? Adoi.. Tapi aku control cool.. Ehem..

   Sambung.. Kami macam selebriti-selebriti kaya masuk butik dan dikelilingi baju-baju mahal.. Ambik gambar lagi.. Mereka kata baju di situ lawa-lawa.. Mereka rambang mata.. Semua kata lawa.. Walaopon pada hemat aku baju tersebot macam kain buruk sahaja.. Serius.. Tak tipu.. Aku memang kurang memahami fesyen perempuan.. Perempuan ini… COMPLICATED. Owkey.. Cuma satu benda yang terjadi secara tidak sengaja.. Yana adalah punca.. Yana cucuk pinggang Faridz.. Dan tiba-tiba Faridz tergolek ke lantai.. Aku tak faham.. Yana terpinga-pinga.. Zaty bingung.. Kami berpandangan.. Semua pelik.. Itu adalah tindakan reflex yang mengkagumkan.. Gila power rangers Faridz tergolek dan tegelak geli.. Ahahahahahah.. Ini adalah perkara pertama seumpamanya berlaku di depan mata.. Sampai sekarang aku tak faham.. Aku takda pernah jumpa orang melakukan aksi ganjil macam Faridz.. Adoi.. Ahahahahah… Rugi tak snap.. Semua bingung dan terpinga-pinga.. Tak ingat kamera suda..

   Habis. Masuk jam 4 petang.. Kembali ke cinema.. Masuk dan duduk secara normal.. Tunggu cerita SUSUK yang kononnya seram. Aku memang jahil pada cinema.. Aku tak minat pada wayang.. Jadi tiada apa-apa untuk diceritakan sepanjang 2 jam yang tiada perasaan… Habis wayang, kami bangon.. Dan.. Aku kutip sampah dan plastic makanan aku.. Tapi aku tengok orang lain tinggal sampah sesuka hati.. Dan.. Ada orang kutip.. See? Aku jahil pada cinema kan?? Aku tak tahu apa-apa pada cinema.. Adoi.. Cinema adalah tempat yang membosankan, membingitkan, merimaskan, gelap, gila sejuk.. Sampai bila-bila pon aku takkan suka pada cinema.. Mintak sori.. Cinema tiada apa-apa.. Cinema memang dalam senarai black list aku.

   Owkey.. Balik. Gado lagi.. Aku dan Faridz mo makan PIZZA.. Yana dan Zaty mo KFC.. Dum..Dum..Dum.. Mereka menang lagi.. 2-0.. Aik?? Tak adil owkey?? Adoih.. Takpa, kami gerak juga. Dengan kereta yang banyak dan jalan yang samar-samar.. Pemandu kereta di sini sangat selfish.. Perempuan. Biasalah. Aku sudah pasang signal sebatu jauh.. Tapi mereka tetap tak mahu beri ruang untuk aku mencelah.. Kalau aku langgar kereta mereka.., kan naya.. Kan?? Kan? Kenapa pemandu wanita terlalo gopoh dan tidak beretika?? Aku kurang faham. Apa-apalah.. Kami singgah ke KFC.. Owkey.. Cari parking.. Memang sakit hati.. Aku tak tahu kenapa mereka terlepas ujian JPJ. Parking secara bodo tak terkata.. Satu kereta parking melintang.. Dah makan 2 space.. Padahal kereta mereka bukan BMW atau Mercedes yang gila lawa… Cuma kereta golongan pertengahan.. Tolong perasan owkey.. Parking adalah hak semua.. Sila jadi warga perihatin. Nanti kalau ada kereta yang kemek dan calar balar, PADAN MUKA kau orang..

   Akhirnya dapat parking SEMPIT.. Kerana motor yang huduh parking di tempat parking kereta.. Aku sudah tak bley fikir betapa mereka takda nilai tanggungjawab. Biarlah! Lupakan.. Kami keluar kereta dan.. “WUYOOO!!!” (Kami melahirkan rasa kekaguman secara serentak dan berirama). KFC penuh dengan manusia. Memang penuh. Tapi kami berkobar-kobar juga. Masuk juga… Dan buat-buat takda perasaan.. Ambil gambar secara suka hati.. Macam tempat tersebot cuma ada KAMI SAHAJA. Mereka memandang-mandang.. Kami pedulik hapa.. Kami buat bodo… Gelak-gelak secara suka hati tanpa memikirkan orang lain yang bengang beratur panjang.. Rilekslah.. Kan? Kan? Ahahahahah.. Lantak kau oranglah.. Ini Negara demokrasi.. Dush!! 7.30, baru habis beli.. Dan.. Balik..

   Drivin waktu malam di planet alien.. Owkey, exciting. Semua signboard kata, TERUS SAHAJA. Yana pon kata “Terus sahaja, don’t belok-belok” ala-ala budak buduh BI dalam iklan TV.. Ahahahahah.. Padan muka ang Yana.. Aku pon teros… Teros.. Teros… Dan… Tiba-tiba aku ke kiri dan masuk ke simpang lain.. Aku tak perasan.. Serius.. Tiba-tiba mereka jerit sekuat hati secara serentak.. “TEROOSSSSS!!!!”.. Aku tiba-tiba juga terasa menggelabah dan hilang akal.. Tekan pedal minyak secara agak tak berapa betol.. Yana dan Faridz sudah kecoh menyelamatkan burger dan ayam yang berterabur. Mereka agak berjaya. Dan tiba-tiba aku belok dan masuk ke lorong sebelah secara ngeri.. Burger jatuh berterabur lagi.. Usaha Yana dan Faridz sia-sia.. Mereka menjerit.. Zaty terdiam kaku+takot.. Dan aku.. Dub..Dab.. Dub..Dab.. Kalau lah ada sebuah Pajero melanggar kereta kami, sure kami tak dapat puasa esok.. Ahahahahahah.. Gila dangerous aku bawak. Ahahahah.. Aku senyum lagi.. Konon-konon cool gila… Walaopon jantung berdegup ekstrim laju.. Adoih.. Kami selamat.

   Sampai di Changlun.. Masing-masing melihat meter minyak.. “Banyak lagi wei.. Kita perabih minyak dulu la nuu~~” Yana membuahkan idea agak kejam.. Tapi kami setuju.. Kira-kira, kami kejam jugak.. Ahahahahah.. Kami decide untuk round kampus menghabiskan sisa-sisa minyak.. Drivin lagi dengan agak laju.. Ehem.. Walaopon kereta tersebot memang  gila lembab.. Sampai kampus.. Pusing-pusing secara tak tentu hala.. Mereka bercerita tentang HANTU.. Mereka seram.. Aku seram.. Masing-masing cuak lalu di kawasan sunyi.. Aku bawa laju sedikit… Mereka senyap dan mengunyah makanan cuba-cuba menenangkan hati.. Tiba-tiba “Uarhhh!!!!!!!!!!” aku menjerit.. Zaty tercekik.. Faridz tercekik.. Aku takda nampak apa-apa.. Aku cuma nampak bonggol yang amat tinggi dan cuba membrek sekuat hati.. Tapi kenapa mereka ketakutan.. Ahahahahahahah.. Tak bley blah… Aku tak bersalah.. Kakakakakaka.. Aku terasa gila lawak sama mereka.. Hohoho.. Habis.. 8.30 malam kami sampai DPP.. Penat. Hohoho… Sudah habis cerita… Panjang… Aku mengantok… Puasa.. Mo tidor dengan bahagia…. Sekian terima kasih…





Sunday, August 31, 2008
Hari Busuk Sedunia

   Tak mandi. Busuk gila. Kenapa nasib aku sangat malang teramat-amat.. Aku tak mandi dari pagi tadi. Kerana air sudah malu-malu mahu sampai ke toilet.. Tiba-tiba aku terasa sangat miskin.. Lebih miskin dari keluarga-keluarga yang masuk rancangan BERSAMAMU. Tadi secara gelojoh kami mencari air. Bukak segala kepala paip yang ada dengan harapan yang menggunung.. Round semua blok. Meminta-minta setitik air. Tapi memang aku selalu malang. Malang bertimpa-timpa. Air TIADA. Kan magik... Tapi bila air ada, kami memang suka membazir. Bukak paip secara suka hati. Tak peduli berapa UUM bayar. Kami pedulik hapa? Kan? Kan? Tapi bila jadi macam ni, air flush toilet pon berharga.. Ahahahahah.. Gila kesian. Kami jakun.. Adoi.. Ketiadaan air secara tiba-tiba di UUM adalah satu perkara lumrah. UUM miskin air..Hohoho…

   Tadi secara sepakatan kami bertekad pergi ke class KO-K secara gamble. Tak mandi. Serius ok.. Tak mandi. Dari pagi. Aku bajet takyah mandi pagi, so KO-K aku yang bermula pada 4 petang bole memberi aku ruang dan peluang untuk mandi lepas zohor. Memang malang takda bau.. Air takda.. Adoi.. Jadi di class KO-K kami cover.. Cover panas, cover gatal badan, cover badan yang melekit-lekit.. Kami cover cool gila.. Takbley blah.. Ahahahahahah… Sampai malam, masih takda air.. Kemudian mereka-mereka dengan kebusukan badan tahan gaban pergi ke kampus juga.. Celebrate merdeka.. Aku tak paham mengapa mereka sanggup pergi menjaja kebusukan mereka kepada umum.. Hohohoho.. Apa-apalah.. Hari ini adalah hari kebusukan UUM.

   Habis cerita air.. Masuk cerita bas.. Dulu-dulu, naek bas adalah perkara miskin.. Untuk orang-orang kesian.. Takda duit.. Sekarang menaiki bas adalah perkara kaya raya… 1 tiket berharga RM50.. Pergi dan balik sudah RM100.. Kemudian akan sampai ke kolej dengan keadaan terpinga-pinga dan kebingungan secara serius. Ala-ala sawan. Kerana duit takda. Kalau lah semua manusia berhati mulia seperti aku, kan seronok jadinya. Bagi naik bas free.. Kami bukan orang kaya. Tolonglah.. Kami student. Kenapa mereka sangat bodoh dan tak berhati perot? Kenapa minda mereka tidak berjalan lancar.. Tak makan ENFAGROW ka masa kecit-kecit?? Tak belajar sivik kaaa masa sekolah?? Takda belajar rukun Negara kaa?? Aik? Apa kaitan rukunegara?? Ahahahahah.. Apa-apalah.. Hoih...

   Kira-kira kemerajukan mereka mendapat pujukan KERAJAAN lah kan?? Merajuk nak harga tiket naek.. Kerajaan bagi.. Kalau aku jadi PM, jangan mimpi. Biarlah mereka merajuk kaaa.. Mogok kaa…. Aku biar mereka sorang-sorang.. Aku nak tengok mereka tahan sampai bila.. Mo bankrap? Try la.. Aku tak kesah.. AHAHAHAHAH.. Aku sure mereka akan melutut di tepi-tepi jalan.. Merayu-rayu kita naik bas huduh mereka.. Kemudian mneyediakan karpet merah untuk kita berjalan menuju ke dalam bas.. Kerana mereka terdesak.. Ahahahahahah.. Aku mmg PM yang kejam dan tak berhati perot. Adoi..

   Mo pergi shoppin esok.. Pergi JITRA. Naek kereta sewa.. Drivin di negeri alien.. Macam ada banyak cerita. Kan?Kan? Aku excited. Nanti update lagi.. Ahahahahahah.. Hakim, sudah malam.. Tidur.. Hohoho..1…2…3… Sleep2!!~~~~





Next Page
 
:: My Profile ::

hakim
January 5th 1988  (Age 21)
Male
Malaysia

icemanz.kimi@yahoo.com


Real Name: Khairul Hakim

Status: Single but not available

Fav Food: Western food; my mom's cook.

Fav Drink: Pepsi Ice; Nestea Ice Rush; 7Up-Ice

Fav Artist: Avril Lavigne; In-Team; UNiC; Raihan

Fav Song: All of Avril songs; Ratu Syahadah; Rabiatul Adawiyah; Ainul Mardhiah

Education:

Tadika Kemas Bt8 1/2

SK. Bukit Kapar

SMK Tengku Idris Shah

SMK Sg. Kapar Indah

Universiti Utara Malaysia (Bachelor of International Affairs Management)


online


:: icegurlzs9 ::

:: icecutie ::

:: fiffy ::

:: ikma ::

:: cuya ::

:: yun ::

:: Diana*Darwisyah ::

:: chika ::

:: topek ::


:: www.pitstop.com.my ::

:: www.F1-Live.com ::

:: www.bravenet.com ::

:: www.blogdrive.com ::

:: www.photobucket.com ::

:: www.scukz.com ::


:: Mika Hakkinen ::

:: Kimi Raikkonen ::


Wanna see my foto's? Click here

Last Updated On : 08 Jan 2008







 
:: My Archive ::
<< November 2009 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Sila klik pada tarikh berwarna untuk melihat entry terbaru atau yang lepas..:: Latest Updated - :: KHIDMAT PESANAN RINGKAS [26 jUN 2008] ::

07 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT BERJUANG BUAT:

:: NaNi :: Dani :: Lokman :: Edayatul :: Aniem :: Faiz :: Ain :: Zunnur :: Suhaira :: Shahirah :: Wani :: Fifi :: Nazran :: Adib :: Epa :: Nadia :: Ros :: Mel :: Kak Sofia :: Kak Odah ::

Semoga kita sama-sama menggapai kecemerlangan...


"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata, tetapi hari ini adalah kenyataan, dan penentu siapa kita."

"Minda umpama sebidang tanah.Apa yang disemai, itu yang dituai. YOU REAP WHAT YOU SOW."

"Life will never be the same, live is changing. So, MOVING ON UP!!"

"Cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya."

"Sesuatu tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan,namun tiada kebahagiaan tanpa tindakan"



Anda Adalah Pengunjung Ke

Free Website Counter
Free Website Counter






 
:: Contact Form ::
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
rss feed



Copyright 2008 Khairul Hakim. All Rights Reserved