Ice Skating satu permainan sosial... Itu untuk orang yang baru belajarlah.. Kerana orang baru belajar main akan jadi spider.. Cuma melekat sama dinding sahaja.. Bila rasa nak jatuh, mereka akan capai apa-apa sahaja yang boleh dicapai.. Tak kiralah bini orang ka.. Anak orang kaa... Mereka belasah sahaja.. Asalkan mereka tak jatuh secara memalukan.. Siapa-siapa pun akan jadi kawan.. Kawan semasa susah sahaja lah.. Ahahahah.. Itu mukadimah sahaja..

Semalam hari merealisasikan rancangan.. Ice Skating!!! Sangat suka hati mahu pergi skating.. Tetapi terasa sangat kartun untuk pertama kali.. Mereka yang pernah main roller blade ada advantage.. Aku tak pernah ada roller blade owkey?? Dulu-dulu kala aku pernah minta sama bunda.. Minta roller blade.. Tapi bunda tak mahu beli.. Dia kata "Hakim.., orang dah cipta kasut cantik-cantik, boleh jalan senang-senang, buat apa beli kasut roda??" Dia ceramah macam-macam kerana sebuah roller blade.. Tapi aku meraung-raung juga mahu roller blade.. Kesimpulannya, ceramah bunda takda guna.. Raungan aku juga takda guna.. Kerana bunda tak mahu beli juga.. Ahahahah.. Aku tak pernah ada roller blade owkey? Sumpah tak pernah.. Selamat Hari Ibu Bunda... NOKTAH.
Sambung.. Aku belum pernah main ice skating.. Jadi bukan ganjil bila aku sangat terhegeh-hegeh atas ice.. Ingat senang kaa mahu bergerak?? Susah tahu?? Mahu habiskan satu round pon sampai 20 minit.. Kaki jadi sangat lenguh.. Penat gelak lagi... Ehem.. Biasalah, orang baru main, mesti melekat sahaja sama dinding.. Itu normal owkey?? Semua orang macam tu juga.. Bukan aku seorang.. Jadi aku berusaha sedaya upaya menstabilkan diri.. Tiba-tiba seorang cina sampai belakang aku.. Dia pon mengharap dinding juga.. Tiba-tiba dia tegur aku.. "U baru main kaa?? Cepat sikit laa.." Tak guna punya cina.. Aku rasa mahu lempang muka dia secara kejam tahu?? Ahahahahah!! Engkau ingat laju sangat kaaa engkau skating tu?? Aku sabar sahaja.. Aku kan seorang yang memiliki sifat-sifat terpuji.. Aku biarkan..

Orang baru main skate memang sebok sama traffic.. Bukan traffic jalan raya owkey?? Ini lagi bahaya.. Ini melibatkan maruah dan harga diri.. Depan aku ada satu kumpulan perempuan berpurdah.. Pakai jubah.. Tapi main ice skating juga.. Owkey.. Aku rasa mereka umpama bom.. Berbahaya sama semua orang.. Iyalah.. Kalau mahu dekat sama mereka, bermakna itu satu risiko terbesar di dunia owkey?? Ini ice skating owkey?? Siapa-siapa pon perlu bersedia untuk dianggap sebagai sebuah dinding... Kalau aku dekat sama mereka dan ditakdirkan secara malang untuk jatuh tergolek, mereka akan dijadikan sasaran aku berpaut.. Dan itu adalah satu jenayah owkey?? Mahu kena rembat sama mak bapak mereka kaa?? Aku tak mahu.. Jadi aku skate secara berhemah sahaja... Bila mahu pandai Hakim?? Entah.. Aku pasrah secara terpaksa sahaja owkey??
Bila sudah rehat 5 kali, baru boleh skating secara cemerlang.. Owkey.. Bukan senang owkey?? Kau orang jangan cakap ice skating adalah suatu kerja semudah ABC.. Jangan tipu.. Tapi aku sangat puas hati kerana misi balas dendam sudah selesai.. MISSION COMPLETED!!! Eheheh.. Iktakimas!~
p/s: Fotopages Updated!! --> http://hakimiraikkonen.fotopages.com