Selamat Hari Guru. Selamat Tinggal Cekgu..
Jadi cekgu bukan satu perkara yang suka hati... Ini kerja serius.. Tapi aku bukan seorang yang suka serius sama student owkey?? Kerana bila cekgu sangat serius, mereka akan jadi sangat tak gembira. Bila mereka tak gembira, mereka akan belajar secara entah apa-apa... Akhirnya result exam mereka akan jahanam secara total. Ahahahah... Kan murid-muridku?? Cekgu sangat baik hati kan? Eheh~~ Tapi kerana keadaan yang memaksa, aku terpaksa bersara secara takda perasaan.. Selamat tinggal SMK Meru........~~

Sekarang aku bukan seorang cekgu lagi owkey? Sudah bersara dan takkan kembali lagi?? Kenapa? Kerana sesuatu yang sangat tak guna berlaku.. Semua orang dalam dunia mahu gaji bila kerja kan?? Gaji mestila diterima secara pantas tiap kali hujung bulan kan?? Kalu kita kerja dan gaji dapat 2-3 bulan lepas tu, kau orang pun akan rasa mahu jadi incredible hulk dan membunuh majikan masing-masing secara ngeri kan?? Tapi aku tak mahu lah jadi seorang pembunuh.. Aku mahu jadi makhluk terpuji di alam fana.. Sekarang gaji aku takda lagi tahu?? Bila aku tanya pasal gaji hari tu, Pn. Rahimah secara cool menjawab "Bayaran 2-3 bulan lagi baru dapat.. Tunggu PPD dan sijil pengiktirafan.. Anggaplah sebagai simpanan ye Cekgu Khairul??" Owkey.. Itu adalah satu idea yang sangat baik.. Simpanan.. Secara rasionalnya, itu satu idea yang berpandanga jauh ke hadapan kan? Tapi kalau dompet sudah sangat desperate untuk di isi, idea tersebot boleh jadi satu alasan konkrit untuk dia dibelasah dan seterusnya mati di tempat kejadian owkey?!! Aku sangat bengang dan panas hati owkey??

Cuma dia sangat lucky kerana kejadian tersebot berlaku di Hari Guru.. Hati aku berada pada tahap natural, tanpa ada unsur-unsur sebatian kejahatan melampau yang mampu melakukan pembunuhan tidak terancang.. Kerana aku antara cekgu yang dapat paling banyak hadiah.. Ahahahah...!!! Ini satu perkara yang mengharukan owkey?? Perkara yang boleh buat aku menangis tersedu sedu.. Tipu. Aku tak terharu secara melampau macam tu.. Aku bukan lagi seorang sentimental. Jadi aku hampir-hampr takda perasaan.. Ada sikit-sikit sahaja.. Terima kasih yaa murid-muridku.. Ini penghargaan untuk kau orang.. Belajar secara cermat dan beretika owkey?? Ahahahah!!! Hari Guru takda seronok mana.. Entah.. Aku memang takda perasaan.. Aku blur.. Sangat blur.. TAK GUNA!!