Sunday, August 17, 2008
Universiti???

   Blog tu adalah apa?? Aku sudah lupa sama blog.. Address pon sudah lupa secara tidak sengaja yang disengajakan.. Ahahahah.. Aku kejam.. Sudah duduk hutan memang perlu kejam untuk survive.. Kan?? Kan?? Kau orang kesian.. Hantuk-hantuk kepala kat dinding batu.. "Update!!Update!!" Macam dalam dunia ni sudah tiada apa-apa.. Pergi lah buat kerja rumah... Main seremban kaa.. Main kawen-kawen kaaa... Jangan tunggu aku update.. Aku akan terasa sangat syahdu dan terharu.. Tak mahu, owkey?? Aku bz SEDIKIT.. Sedikit sahaja... Hurm.. Yaa, sedikit sangat-sangat... Sangat-sangat.. Aku sudah bertukar.. Bertukar jadi seorang yang pelik.. Macam hidop di sebuah planet alien. Tak tahu apa-apa.. Tak boleh buat apa-apa.. Aku tak nampak apa-apa untuk dibuat kecuali duduk dan makan.. Aku pernah cuba meneroka planet alien ni secara berani mati.. Pergi ke Alor Star tanpa mengetahui apa-apa... Aku pergi ke stesen angkasa stesen bas, dan merayau-rayau tanpa arah tujuan.. Kemudian bas untuk balik ke UUM habis secara drastik. Aku takbley balik.. Ternganga.. Aktiviti nganga beramai-ramai bermula.. Tak guna.. Memang ini sebuah planet alien..

   Idop di Universiti juga adalah sesuatu yang ajaib.. Aku takda perasaan sedih, gembira, atau segala jenis perasaan lain. Aku idop secara takda perasaan. Walaupon memang itu adalah sifat aku sejak azali. Tapi aku pelik juga.. Ahahahahahah… Kawan-kawan pon takda ramai macam kereta-kereta di jalanan.. Sebab..Sebab.. Sebab aku alien.. Yaa.. Alien senyap… Iyalah, duduk di negeri alien, mesti mahu jadi alien juga.. Kan?Kan? Sekor alien tak bley bercakap dengan manusia secara suka hati… Mereka mesti berhati-hati.. Berhati-hati… Cuma manusia yang tak berhati-hati sahaja yang mampu bercakap dengan alien yang berhati-hati.. Apa ni? Apa-apalah…. Tapi aku mahu ucap berbanyak-banyak tengkyu untuk kawan-kawanku.. Hoho.. Terima kasih kerana menjadi seorang yang berani mati menegur seekor alien senyap seperti aku.. Aku takda perasaan. Harap maklum.

   Ezzaty ngan Faridzah. Mereka adalah manusia yang berani mati.. Mereka berjaya.. Mereka telah mengecapi kejayaan terbesar mampu berkawan sama aku. Walaupon secara tidak sengaja.. Kira-kira macam terkawan. Terkawan owkey? Bila aku tanya mereka camna boley kawan dengan aku, aku tahu jawapan mereka adalah sesuatu yang normal-“Entah, aku pon tatawu”.. Hohoho... Kira-kira mereka juga adalah manusia ganjil.. Memang tanya sapa-sapa pon, mereka akan cakap mereka akan terkawan sama aku secara tidak sengaja.. Mereka-mereka yang bagi SMS cakap mahu berkawan sama aku, itu akan direject dengan kejam.. Jangan berani-berani.. Mesej-mesej palsu macam tu sudah jadi satu kebiasaan. Lepas tu mula masuk campur hal peribadi orang.. Lepas tu mula buat ayat-ayat syahdu. Lepas meminta-minta.. Lepas tu memang sure kena lempang dan mati secara tragis di tempat kejadian.. Hohoho. Aku tipu.. Aku takbley lempang orang sampai mati… Aku bukan Robocop atau Ultraman yang ada kuasa sakti berganda-ganda. Aku merapu. Sudah.

   Siapa kata idop di Universiti adalah bebas?? Jangan tipu.. Aku takda bebas.. Kena pakai formal setiap hari.. Aku memang malang.. Idop aku selalu jadi sangat formal.. Dari kecik.. Sampai besar.. Sampai tua mungkin.. Memang.. Memang akan sampai tua.. Aku tahu, aku sangat smart dan jelita dengan pakaian formal. Tapi tolonglah.. Adoi.. Aku penat tahu?? Penat.. Kena gosok baju tiap hari.. Kena jaga baju.. Kena duduk secara berhati-hati.. Orang kata “jaga diri baik-baik”… Aku kata “jaga side baju baik-baik..”.. Itu adalah nasib manusia formal. Salah. Alien formal.. Ahahahhahah.. Tapi student perempuan sangat hepi.. Kerana mereka boleh pakai sesuka hati.. Kira-kira suka hati lah… Tak kesah pakai rambu-ramba pon, mereka takda kena tindakan.. Itu adalah suatu ketidak adilan yang nyata.. Sepatutnya mereka perlu pakai jubah semata-mata. Baru tahu perasaan seorang mahaSISWA UUM.. Hohoho.. Itu adalah cadangan bakal Yg Dipertua MPP.. Hohohohehehhuhuhhihiheheheh.. Sawan.. Aku memang suka berangan secara EKSTRIM begitu. NOKTAH.

   Kalau ikot hati yang sawan, memang aku mahu tulis macam esok lusa sudah mahu kiamat. Maksud aku, tulis panjang-panjang. Cakap pasal lecturer yang banyak merapu.. Cakap pasal café yang entah apa-apa.. Cakap pasal kejadian kehabisan duit secara magik. Tapi nantilah.. Kalau cerita semua bermaksod aku takkan update selama sebulan.. Nanti ada lagi yang hantuk kepala suro update.. Itu adalah para ekstrimis blog ini.. Aahahahahah.. Terima kasih. Aku takda sediakan insurans owkey.. Hohohoho.. Iktakimas. Daaa~~~~

Posted at 02:12 pm by hakim

**uly@**
August 17, 2008   02:51 PM PDT
 
ntah la..memang betol x ada kerja sapa yg suka hantuk2 kepala ekstrimizz pada blog kamo ney..

mungkin dia saja mo bca keysah kehidupan seorang ealien ini..sekaligus bertujuan untuk gelak2+gulek2=kpd kamo..ngahaha..

ezaty cantit la beliau..
faridz
August 17, 2008   03:35 PM PDT
 
hehe...best2!! cm t'haru lak ak bca... huhu...
mmg ktorg brani mati pn kwn ngan ko...huhu..sgt brani smpai leh mkn fries sekali...hehehe!! tp kn...kerol..apsal ko eja nma ak len weh..??
hehehe...!!
cutiezaty
August 18, 2008   03:11 AM PDT
 
hye weh...hikhik...bez gle ntry ko diz tym...len kali 2leh pnjg2 g k?..newa..thanx a lot ateh pji2an...jp de ke???hah...xde...xptot2..meh aku nak ckp ek...ktowg mmg sgje nak knai ko la..ye r...cam rmai pmnt...da la aku yg tgo ko dlu...aku xkan lpe pristiwa tsebot...hikhik...
neway ko ptot g kredt yg lbey kat ktowg...type la cni 'ezzaty n faridza...2 shbt yg bwu aku knali yg comey bek n pramah n bla2(pastikan +ve)..hik2...aku brse buntg dpt knai n bkwn ngn kowg'...haih..i2 pon aku nak aja ke??..neway pic 2 mnampakkan kcomeylan ktowg...time kasih...len kali wat g k??...nex tym sure tkjot je diowg jmp aku...pbezaan yg bgi2 ketara...hakhak...keroolll...ko jgn glak k??...da r...pnt da..nt aku komen...DaA..TC

hakim
August 22, 2008   01:23 AM PDT
 
Bole dak aku ckp sesungguhnyaa entry ini adalah rekaan semata-mata??? Sekadar untuk menunjukkan aku adalah seorang baek hati dan menghargai kawan2? Aahahahahah.. Xde la..Kiddin..Kau orang adalah Sailormoon..
Nani
August 26, 2008   08:56 AM PDT
 
Hah!!tertangkap...bak kate ulya,skali update ade gamba pompuan daa...hehehe...nice entry...tp mn gamba hadiah tue?xde pn?
Goru
August 28, 2008   03:15 PM PDT
 
Lama suda takda jengok blog kamooooo.....Wah!!Sudah sampe UUM!!Tahniah11pergi beli laptop secepat mungkin!
Eypa
August 28, 2008   03:24 PM PDT
 
Haik??UUM?Jaohnyeee.....Pape pon,keep blogging!!!Jgn sampai berhabuk..
sakinah
August 30, 2008   05:02 PM PDT
 
sawang
Nameheh
August 31, 2008   10:10 PM PDT
 
yahooo
fARIS
September 1, 2008   02:05 PM PDT
 
hI BRO..Gud luck kat UUM..
itabudakbaek
September 14, 2008   05:13 PM PDT
 
apekah....~~!!!! urmmm... sesungguhnye aku berpuase arini...
weh...
aku la sailormoon..
bukan mereka...
lalala..
degan kuasa bulan akan menghukummu...
dush300......
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments







Previous Entry Home Next Entry
 
:: My Profile ::

hakim
January 5th 1988  (Age 20)
Male
Malaysia

icemanz.kimi@yahoo.com


Real Name: Khairul Hakim

Status: Single but not available

Fav Food: Western food; my mom's cook.

Fav Drink: Pepsi Ice; Nestea Ice Rush; 7Up-Ice

Fav Artist: Avril Lavigne; In-Team; UNiC; Raihan

Fav Song: All of Avril songs; Ratu Syahadah; Rabiatul Adawiyah; Ainul Mardhiah

Education:

Tadika Kemas Bt8 1/2

SK. Bukit Kapar

SMK Tengku Idris Shah

SMK Sg. Kapar Indah

Universiti Utara Malaysia (Bachelor of International Affairs Management)


online


:: icegurlzs9 ::

:: icecutie ::

:: fiffy ::

:: ikma ::

:: cuya ::

:: yun ::

:: Diana*Darwisyah ::

:: chika ::

:: topek ::


:: www.pitstop.com.my ::

:: www.F1-Live.com ::

:: www.bravenet.com ::

:: www.blogdrive.com ::

:: www.photobucket.com ::

:: www.scukz.com ::


:: Mika Hakkinen ::

:: Kimi Raikkonen ::


Wanna see my foto's? Click here

Last Updated On : 08 Jan 2008







 
:: My Archive ::
<< August 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02
03 04 05 06 07 08 09
10 11 12 13 14 15 16
17 18 19 20 21 22 23
24 25 26 27 28 29 30
31

Sila klik pada tarikh berwarna untuk melihat entry terbaru atau yang lepas..:: Latest Updated - :: KHIDMAT PESANAN RINGKAS [26 jUN 2008] ::

07 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT BERJUANG BUAT:

:: NaNi :: Dani :: Lokman :: Edayatul :: Aniem :: Faiz :: Ain :: Zunnur :: Suhaira :: Shahirah :: Wani :: Fifi :: Nazran :: Adib :: Epa :: Nadia :: Ros :: Mel :: Kak Sofia :: Kak Odah ::

Semoga kita sama-sama menggapai kecemerlangan...


"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata, tetapi hari ini adalah kenyataan, dan penentu siapa kita."

"Minda umpama sebidang tanah.Apa yang disemai, itu yang dituai. YOU REAP WHAT YOU SOW."

"Life will never be the same, live is changing. So, MOVING ON UP!!"

"Cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya."

"Sesuatu tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan,namun tiada kebahagiaan tanpa tindakan"



Anda Adalah Pengunjung Ke

Free Website Counter
Free Website Counter






 
:: Contact Form ::
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:
rss feed



Copyright 2008 Khairul Hakim. All Rights Reserved