 |
|
Thursday, September 18, 2008
Terima Kasih Kalian Berdua..
Aku bahagia begini... Terima kasih kepada yang pernah membahagiakan, menggembirakan, mengisi kehidupan, melukakan, menyakitkan dan mengecewakan.. Sesungguhnya itu adalah kenangan yang baik dan berharga.. Aku tiada lagi untuk kalian. Jangan kembali ke kehidupan ini.. Kerana aku sudah bisa berdiri. Setelah kalian membuatku jatuh dan luka yang tiada akan pernah sembuh. Aku seupayanya bangun dari kejatuhan itu.. Dan menongkah segala kepayahan dan penderitaan.. Seperti mana kepayahan aku berkorban untuk kalian, yang tiada kalian cuba ingat dan hargai.. Aku redha dengan perubahan ini..
Aku sudah bangun berdiri. Dengan kekuatan yang baru.. Kalian tiada kesalahan lagi.. Aku sudah setia memaafkan.. Seperti mana selalu.. Yang akhirnya memberanikan kalian untuk menindas tanpa menghargai.. Kedua tangan ini sentiasa mengingati.. Segala usaha yang kulakukan untuk membahagiakan kalian.. Dan hati ini akan terus merasai, setiap kasih dan sayang untuk kalian.. Walaupun kini ianya gelap terpadam tanpa bisa diterangi walau dengan sebias cahaya sekalipun....Semoga kalian menjadi lebih baik dengan kehidupan yang kalian dambakan. Terima kasih kalian berdua.. Atas segalanya.. Atas kebahagiaan dan kelukaan..
Posted at 11:39 am by hakim
 |  |  | sakinah September 18, 2008 12:22 PM PDT
erk... kenapakah ini?
apakah yang telah terjadi?
errkkk errkk dan erkk lagi
iya apa pun bangun yah bangunn.. jangan biarkan kedukaan itu terus-terusan menyelubungi diri kamu yah
(errkk ampunnnn atas kad raya itu waaaa ku tak tahu tak tahu wuwu) |  |
  |  |  | sakinah September 18, 2008 12:22 PM PDT
erk... kenapakah ini?
apakah yang telah terjadi?
errkkk errkk dan erkk lagi
iya apa pun bangun yah bangunn.. jangan biarkan kedukaan itu terus-terusan menyelubungi diri kamu yah
(errkk ampunnnn atas kad raya itu waaaa ku tak tahu tak tahu wuwu) |  |
  |  |  | New Here September 18, 2008 03:35 PM PDT
Jgn mudah menyalahkan orang lain.
mungkin diri kita sendiri yang menjadi penyebabnya...
dan mungkin apa yang kita buat untuk membahagiakan, tetapi sebenarnya menyakitkan...
jika kita jatuh bangun lah kembali.
tetapi bersama semangat yang baru.
bukan dendam yang membara.
selamat berpuasa.
cantik blog awak ni... |  |
  |  |  | hakim September 18, 2008 04:34 PM PDT
Sudah bangun dan berjalan..Mungkin esok akan berlari dan melompat tinggi..Baiknya jika manusia mempunyai pemahaman yang sama.. |  |
  |  |  | Goru September 18, 2008 06:16 PM PDT
Ini bukan entry berunsur dendam dan salah menyalahkan.. Ini adalah entry luahan rasa hati... Dia bukan manusia pendendam.... Dia adalah manusia yang baik hati dan selalu memberi peluang yang tak putus2 pada orang yang di sayang... |  |
  |  |  | skbk96 September 18, 2008 06:21 PM PDT
Mereka yang melukai KHAIRUL HAKIM adalah seorang yang sangat dahsyat... Kerana dia bukan orang yang senang terluka... Apabila dia terluka, itu adalah kelukaan yang sehabis dalam... HAKIM adalah seorang yang amat mudah memberi peluang dalam perhubungan...Tidak kira atas kesalahan apa pun... Dia adalah seorang yang suka menyimpan perasaan.....Dan tidak mudah dijangka... Hakim, bangun dan teruskan kehidupan...Jangan putus asa. |  |
  |  |  | hakim September 18, 2008 06:24 PM PDT
Terima kasih.. |  |
  |  |  | cutiezaty September 18, 2008 06:42 PM PDT
sdey sgt2 bce entry nie...hope sgt kerool akn k n jz cont wit ur life k???
bgon,bdri n believe in urself...
jz stay da same crazy kerool k??
ktowg cye kat kerool
n hope sgt kerool akn always hepi...
ktowg bbdk uum yg havoc akn make sure kerool hepi n njoy life kat cnie..
nt kte kua g k?
hikhik...
k la...tc k?
DaA |  |
  |  |  | L@m YG MeRaPu... September 18, 2008 09:27 PM PDT
mmmmm......mmmmmm....and mmmmmm......dashat2...xpa..teruskan perjalanan anda sebagai lelaki yg matang...jgn risau..kalu nk tenangkn fikiran, mai dgq aku merapu..mai bilik aku utk tenangkn jiwa ang na..15C 2-40...ada pape tanya la pda aku yg pakar ni..hihihik..pape pn,chayuk2!!! |  |
  |  |  | Mea Allysha September 26, 2008 09:22 AM PDT
Siapakah yang telah melukakan satu hati & satu perasaan? Terlalu dalamkah kesannya? Atau ia sekadar satu luahan? Walau apapun sekali yang berlaku aku tetap bersamamu.
Salam Lebaran dari insan yang telah lama menyepi. |  |
  |  |  | New Here September 27, 2008 03:19 PM PDT
Walaupun ia satu luahan rasa,tapi ia seperti menyindir dan berunsur dendam.cuba kita tanya pada diri kita.adakah sudah cukup kita membahagiakan orang yang kita sayang?adakah benar semua yang terjadi adalah berpunca dari dia seorang?adakah dia benar-benar bahagia dengan kita?adakah kita benar-benar menjaga hati dan perasaannya?saya bukan menyalahkan sesiapa,tapi saya cakap berdasarkan pengalaman.ya,mungkin kita rasa kita betul,tapi kita jangan ego.jangan mudah menuduh yang bukan-bukan sedangkan kita tidak tahu apa sebenarnya yang dia rasa..pernahkah kamu mengambil kira hak dia disisi kamu selama ini?adakah kamu pernah berfikir bahawa dia juga kecewa dan mungkin lebih dalam lagi?kamu mungkin sudah boleh bangun dan berjalan,tapi adakah kamu pernah fikir bagaimana keadaan dia pula tanpa kamu?jangan mudah menuduh tanpa kita sendiri pasti duduk perkara sebenar. |  |
  |  |  | hakim September 28, 2008 10:38 AM PDT
"adakah kamu pernah fikir bagaimana keadaan dia pula tanpa kamu?"
Mereka yang pergi. Tiada siapa yang tahu apa sebenarnya yang berlaku kerana saya sendiri tidak pernah mengetahui atas sebab apa kehilangan mereka. Perlukah kita seorang memastikan kita membahagiakan mereka tanpa mereka sama2 berusha untuk membahagiakan kita juga?? Apa ertinya sesuatu hubungan itu andai sebelah pihak sahaja yang selalu mencari, berusha,memaafkan dan sebagainya sedangkan sebelah pihak lagi hanya diam membisu? |  |
  |  |  | hakim September 28, 2008 05:02 PM PDT
Nampaknya kamu sangat terasa dengan entry ini... Saya tidak mengenali kamu. Dan andainya kamu bukan salah seorang daripada mereka, kamu juga tidak tahu perkara yang sebenar. Susah bercakap dengan kamu yang cuba mempertahankan pihak sana sahaja. Kamu tidak tahu apa-apa. Kamu tidak tahu apa yang saya sudah lakukan. Kamu tidak tahu sejauh mana pengorbanan saya terhadap mereka. Kamu tidak tahu mengapa saya begitu terluka dan apa yang menyebabkan saya terluka. Andai kamu mengenali salah satu daripada mereka, kamu tersilap meletakkan komen seperti ini kerana adalah tidak adil kamu menilai berdasarkan cerita mereka sahaja. Sekian. |  |
  |  |  | Faris September 29, 2008 08:32 AM PDT
Sebenarnya entry ini berbentuk puisi yang banyak mengandungi makna2 tersirat. Saya suka mengkaji puisi. Saya pernah bertanya pada penulis blog ini apa maksud puisi tersebut. Dan apa yang saya tahu, entry ini tiada sindiran dan dendam. Ini adalah luahan hati yang ikhlas.
Kita tidak sepatutnya mentafsir puisi itu tanpa mengetahui apa cerita di sebalik puisi itu sendiri.. Kita tidak berhak menilai isi puisi itu sendiri. Puisi sebenarnya hanya diketahui maknanya oleh penulis itu sendiri. Oleh itu, kepada NEW HERE, anda telah melakukan kesilapan. Penafsiran anda salah.
Saudara khairul, teruskan usaha dalam penulisan ini. Bersabar di atas apa sahaja yang berlaku. Abaikan orang yang hanya tahu bercakap tanpa mengetahui apa-apa.. Kuatkan semangat, bangun, berjalan, dan berlari. |  |
  |  |  | New Here September 30, 2008 12:06 AM PDT
Ya,mungkin saya tak tahu apa sebenarnya yang terjadi.tapi saya cuma minta awak memikirkan juga tentang pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk kamu.mereka yang pergi @ kamu yang pergi?kebisuan mungkin perlu untuk sesuatu masa.maaf jika saya salah tafsir.itu cuma pandangan saya.awak lebih tahu hal tersebut bukan?fikirlah secara rasional. |  |
  |  |  | hakim October 1, 2008 08:24 AM PDT
Ya, saya memikirkan pengorbanan mereka. Kerana itu saya tidak pernah meninggalkan mereka walau apa pun yang terjadi. Perlu kamu ketahui bahawa mereka yang pergi dan bukannya saya. Kebisuan itu perlu andai ianya kena pada cara dan ketika. Tapi sekiranya kebisuan itu disulami dengan kesakitan yang teramat sangat, tiada siapa yang mahu menerima. |  |
  |  |  | Kambing` October 1, 2008 11:58 AM PDT
cite la lg pasal smk meru khairul...
best sgt!! |  |
  |  |  | New Here October 2, 2008 01:14 AM PDT
Em,kalau itu yang kamu kata,itulah.tapi saya ingin tahu satu benda...siapakah yang memutuskan bahawa hubungan kalian telah berakhir?kamu atau dia?adakah dia yang kata mahu putus? |  |
  |  |  | hakim October 2, 2008 10:40 AM PDT
Ya. Tidak secara langsung. Tapi itu yang pasti. Sekian. |  |
  |  |  | kambing_meru October 5, 2008 09:24 PM PDT
cikgu...ceritakanlah lagi pasal plajar2 smk meru....sy seronok mendengarnyer... |  |
  |  |  | mea_allysha October 6, 2008 10:34 AM PDT
Bahagia didalam duka
Senyum didalam sedih
Jika mereka berdua pergi
Usah ditangisi lagi..
Aku mengerti perasaan itu
Aku faham akan kemelut kedukaan ini
Usah dipertikaikan lagi
Kenapa dan mengapa ia terjadi
Ia satu lumrah kehidupan
Antara kasih dan dikasihi
Antara sayang dan disayangi
Aku gembira kau masih mampu berdiri
Aku bahagia kau masih mampu berlari
Namun aku sedih
Sedih dengan keadaan yang terjadi
Tabahkanlah hati dan imanmu Kimi
Setiap pengorbananmu
Setiap kesakitanmu
Setiap atur langkahmu
bersama doa & harapanku
~Salam Terindah~
|  |
  |  |  | New Here October 12, 2008 12:04 PM PDT
Ape yg ye?awk tau ke die yg nak putus?awk ade ty atau awk terus wt keputusan sendiri? |  |
  |  |  | LaM October 12, 2008 02:44 PM PDT
New Here,
Saya bagi awk 1 situasi. Imagine, awk ade psangan. Kemudian, psgn awk diam membisu berminggu2, berbulan2. Awk call, xberjawab. Awk msg, tak berbalas. Padahal awk tahu, phone ada dgn dia. Awk tny kwn dia, kawan dia jwb "PRINSIP SAYA,SAYA TAK NAK MENGKHIANATI KWN SAYA".. Padahal waktu tu, awk tak tahu apa2.. Awk tak tahu apa sebab dia diam membisu.. Awak nak tny sapa?? Nak tny hantu? Nak merayu2?? Awk nk tahu kesalahan awk mcm mana? Nak tny pada siapa?? Jawab.
Kalaupun hakim ada salah, kenapa perlu diam?? Untuk apa?? Untuk ketenangan diri sendiri?? Padahal hakim cari dia berminggu-minggu.. Kalau dia xnak putus, kenapa sekarang dia x cari hakim???? Kenapa perlu melepaskan hakim mcm tu saja? Katakan saja dia memang tiada apa-apa perasaan terhadp hakkim...
Awk New Here, kalau tak tahu hal sebenar, jgn membela sesiapa. Jgn jadi seorang yang cuma tahu sebelah fakta sahaja. Awk nampak kebudak-budakan. Kenapa awk perlu bertanya pada hakim itu dan ini..? Awk siapa?? Kenapa awk perlu masuk campur berlebih-lebih dalam urusan peribadi dia?? Atau mugkin awklah orang yang menghancurkan hatinya??
Hakim sudah melalui segala rintangan, perit jerih hidup di sini tanpa sebarang sokongan.. Tanpa sesiapa ada di sisinya. Tapi dalam keperitan itu, dia tidak pernah lupa pada orang yang disayangi.. Cuma org yang dia sayangi terlalu cepat lupa pada bumi yang dipijak hanya selepas mencapai sedikit kejayaan. Tapi hakim tidak berdendam. Saya melihat dengan mata keepala saya sendiri bagaimana hakim cuba bangun dan mencari keekuatan sendiri. Awk tak tahu APA-APA. Dia tidak pernah marah dengan apa yang mereka lakukan padanya...... Dia masih berterima kasih dengan segala kenangan dan kebahagiaan yang pernah dia peroleehi... Malah dia tidak pernah bercerita apa-apa yang buruk tentang mereka. Dia cukup tenang.
Pergilah New Here. Teruskan membela kwn awk... Atau diri sendiri.. Tnya kawan2 rapat hakim di sini.. Kami tahu dan faham segala situasi..
Mereka yang meninggalkan hakim..,
Dahulu, sewaktu kamu mula-mula meninggalkan dia, sewaktu hakim masih berusha mencari kamu, hakim selalu bercerita tentang kamu berdua... Hakim selalu memuji kamu berdua... Hakim selalu menceritakan hal2 pengorbanan kamu berdua... Dalam setiap tutur katanya, kamu berdua adalah yang utama.. Kami sedih melihat segala tindakannya.. Untuk mencari kamu berdua.. Berminggu2.. Berbulan... Dan dalam waktu itu, dia sering menceritakan harapan dan impian kalian.. Tentang harapan berpuasa dan berhari raya.. Tentang segala-galanya.. Walaupun waktu itu kalian telah meninggalkannya...
"Hakim, lupakan je dia. Buat apa ingat lagi.. Buang masa"
"Jgn cakap mcm tu... Diorang pun pernah bg kebahagiaan dan kegembiraan kat aku"
Renungkan.
Hakim,
Kami selalu ada di belakang. Kami tahu perjalanan kamu. Teruskan kehidupan. Teruskan ketenangan kamu.!!! |  |
  |  |  | Fizzy October 13, 2008 01:31 PM PDT
menda la angpa..p biaq la kat dia... sebok sgt amik tau hal org lain... Yg sudah tu biaq p... Teruskan kehidupan. idup mmg ada turun naik... |  |
  |  |  | Mea_Allysha October 13, 2008 05:41 PM PDT
Kimi, Mea confuse la. What is going on here? |  |
  |  |  | hakim October 14, 2008 01:36 AM PDT
Tak perlu fikir lah mea.. Hik2.. Biarlah mereka dengan idea dan fikiran mereka.. Semuanya perlu dilupakan sekarang.. Banyak lagi perkara yang perlu diuruskan dalam hidup ni... Biarlah mereka dengan fikiran mereka.. Kimi bahagia dengan fikiran ni.. Tak perlu dipertikaikan perkara yang sudah berlalu.. Kimi pon xpernah berdendam atau memburukkan sesiapa.. Terima kasih semua yang menyokong dan memberi kata-kata nasihat. TQ.. |  |
  |  |  | sakura October 23, 2008 02:58 AM PDT
lor da lame aku xtgk entry ko bai...
awat tragis benar entry ko kali ni...
pe cter bro? |  |
|
|
|
|
 |
|
:: My Archive :: |
|
07 ZULKAEDAH 1428 HIJRAHTERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA
:: NaNi :: Dani :: Lokman :: Edayatul :: Aniem :: Faiz :: Ain :: Zunnur :: Suhaira :: Shahirah :: Wani :: Fifi :: Nazran :: Adib :: Epa :: Nadia :: Ros :: Mel :: Kak Sofia :: Kak Odah ::
Semoga kita sama-sama menggapai kecemerlangan...
"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata, tetapi hari ini adalah kenyataan, dan penentu siapa kita."
"Minda umpama sebidang tanah.Apa yang disemai, itu yang dituai. YOU REAP WHAT YOU SOW."
"Life will never be the same, live is changing. So, MOVING ON UP!!"
"Cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya."
"Sesuatu tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan,namun tiada kebahagiaan tanpa tindakan"
Anda Adalah Pengunjung Ke
 Free Website Counter
|
|
|
 |