Thursday, June 26, 2008
Khidmat Pesanan Ringkas

    Jauh.. Kalau aku anak menteri, aku pon tak mahu pergi sana secara suka hati.. Aku mesti mintak UKM kaa.. UM kaa... Tapi realitinya aku cuma seorang yang sangat syahdu meminta-minta secara belas kasihan.. Implikasinya, aku juga perlu menerima ketentuan tak diundang ini secara rela dalam terpaksa... Aku mahu ke UUM. Sambung belajar.. Pengurusan Hal Ehwal Antarabangsa.. Kos apa? Entah.. Apa-apalah.. Jadi blog ini bakal ditinggal sementara waktu.. Sementara sahaja owkey?? Bila-bila masa ada waktu, aku datang lagi.. Okey?? Doakan aku secara ikhlas hati.. Iktakimas..

Posted at 11:49 pm by hakim
Komen sini!! 10 komen sudaa..  




Friday, May 23, 2008
Entry Desperate

Blog ini sudah dimakeup semula.. Cuma gambar sahaja takda tukar-tukar.. Kerana belum berkemahuan untuk melakukan kerja-kerja seorang bapok. Ambil gambar dan posing sendiri itu adalah kerja seorang bapok owkey?? Aku sedang cari seorang photographer.. Sapa nak?? Gaji dapat dalam 2-3 tahun lagi.. Anggap lah sebagai simpanan… Ahahahahahah..!!! Gila.. Kerja-kerja me’make up’ blog ini dilakukan secara musyawarah bersama kawan-kawanku yang sangat terpuji menggunakn produk kecantikan Adobe Photoshop sahaja.. Takda guna Maybelline. Miskin.. Ahahahah.. Tipu!! Aku buat seorang-seorang owkey?? Seorang-seorang bertemankan sebuah laptop bisu.. Ini adalah hasil kerja yang menawan kalbu.. Sila komen secara baik hati.. Terima kasih. Sila datang lagi... Iktakimas!!! ^_^ Hoho~~

 

Psst.. Entry ini bukan sebuah entry update.. Ini entry pening... Tak perlu baca.. Siapa baca, bermakna dia memang tak jelita.. Eheh.. Kau orang sudah baca.. Kesian.. Kau orang memang tak jelita.. Ahahahah.. Sawan.. Apa-apa lah…

Posted at 06:52 pm by hakim
Komen sini!! 6 komen sudaa..  




Sunday, May 18, 2008
Selamat Hari Guru. Selamat Tinggal Cekgu..

   Jadi cekgu bukan satu perkara yang suka hati... Ini kerja serius.. Tapi aku bukan seorang yang suka serius sama student owkey?? Kerana bila cekgu sangat serius, mereka akan jadi sangat tak gembira. Bila mereka tak gembira, mereka akan belajar secara entah apa-apa... Akhirnya result exam mereka akan jahanam secara total. Ahahahah... Kan murid-muridku?? Cekgu sangat baik hati kan? Eheh~~ Tapi kerana keadaan yang memaksa, aku terpaksa bersara secara takda perasaan.. Selamat tinggal SMK Meru........~~

   Sekarang aku bukan seorang cekgu lagi owkey? Sudah bersara dan takkan kembali lagi?? Kenapa? Kerana sesuatu yang sangat tak guna berlaku.. Semua orang dalam dunia mahu gaji bila kerja kan?? Gaji mestila diterima secara pantas tiap kali hujung bulan kan?? Kalu kita kerja dan gaji dapat 2-3 bulan lepas tu, kau orang pun akan rasa mahu jadi incredible hulk dan membunuh majikan masing-masing secara ngeri kan?? Tapi aku tak mahu lah jadi seorang pembunuh.. Aku mahu jadi makhluk terpuji di alam fana.. Sekarang gaji aku takda lagi tahu?? Bila aku tanya pasal gaji hari tu, Pn. Rahimah secara cool menjawab "Bayaran 2-3 bulan lagi baru dapat.. Tunggu PPD dan sijil pengiktirafan.. Anggaplah sebagai simpanan ye Cekgu Khairul??" Owkey.. Itu adalah satu idea yang sangat baik.. Simpanan.. Secara rasionalnya, itu satu idea yang berpandanga jauh ke hadapan kan? Tapi kalau dompet sudah sangat desperate untuk di isi, idea tersebot boleh jadi satu alasan konkrit untuk dia dibelasah dan seterusnya mati di tempat kejadian owkey?!! Aku sangat bengang dan panas hati owkey??

   

   Cuma dia sangat lucky kerana kejadian tersebot berlaku di Hari Guru.. Hati aku berada pada tahap natural, tanpa ada unsur-unsur sebatian kejahatan melampau yang mampu melakukan pembunuhan tidak terancang.. Kerana aku antara cekgu yang dapat paling banyak hadiah.. Ahahahah...!!! Ini satu perkara yang mengharukan owkey?? Perkara yang boleh buat aku menangis tersedu sedu.. Tipu. Aku tak terharu secara melampau macam tu.. Aku bukan lagi seorang sentimental. Jadi aku hampir-hampr takda perasaan.. Ada sikit-sikit sahaja.. Terima kasih yaa murid-muridku.. Ini penghargaan untuk kau orang.. Belajar secara cermat dan beretika owkey?? Ahahahah!!! Hari Guru takda seronok mana.. Entah.. Aku memang takda perasaan.. Aku blur.. Sangat blur.. TAK GUNA!!

Posted at 05:52 pm by hakim
Komen sini!! 4 komen sudaa..  




Sunday, May 11, 2008
Cerita Ice Beku

   Ice Skating satu permainan sosial... Itu untuk orang yang baru belajarlah.. Kerana orang baru belajar main akan jadi spider.. Cuma melekat sama dinding sahaja.. Bila rasa nak jatuh, mereka akan capai apa-apa sahaja yang boleh dicapai.. Tak kiralah bini orang ka.. Anak orang kaa... Mereka belasah sahaja.. Asalkan mereka tak jatuh secara memalukan.. Siapa-siapa pun akan jadi kawan.. Kawan semasa susah sahaja lah.. Ahahahah.. Itu mukadimah sahaja..

   Semalam hari merealisasikan rancangan.. Ice Skating!!! Sangat suka hati mahu pergi skating.. Tetapi terasa sangat kartun untuk pertama kali.. Mereka yang pernah main roller blade ada advantage.. Aku tak pernah ada roller blade owkey?? Dulu-dulu kala aku pernah minta sama bunda.. Minta roller blade.. Tapi bunda tak mahu beli.. Dia kata "Hakim.., orang dah cipta kasut cantik-cantik, boleh jalan senang-senang, buat apa beli kasut roda??" Dia ceramah macam-macam kerana sebuah roller blade.. Tapi aku meraung-raung juga mahu roller blade.. Kesimpulannya, ceramah bunda takda guna.. Raungan aku juga takda guna.. Kerana bunda tak mahu beli juga.. Ahahahah.. Aku tak pernah ada roller blade owkey? Sumpah tak pernah.. Selamat Hari Ibu Bunda... NOKTAH.

   Sambung.. Aku belum pernah main ice skating.. Jadi bukan ganjil bila aku sangat terhegeh-hegeh atas ice.. Ingat senang kaa mahu bergerak?? Susah tahu?? Mahu habiskan satu round pon sampai 20 minit.. Kaki jadi sangat lenguh.. Penat gelak lagi... Ehem.. Biasalah, orang baru main, mesti melekat sahaja sama dinding.. Itu normal owkey?? Semua orang macam tu juga.. Bukan aku seorang.. Jadi aku berusaha sedaya upaya menstabilkan diri.. Tiba-tiba seorang cina sampai belakang aku.. Dia pon mengharap dinding juga.. Tiba-tiba dia tegur aku.. "U baru main kaa?? Cepat sikit laa.."  Tak guna punya cina.. Aku rasa mahu lempang muka dia secara kejam tahu?? Ahahahahah!! Engkau ingat laju sangat kaaa engkau skating tu?? Aku sabar sahaja.. Aku kan seorang yang memiliki sifat-sifat terpuji.. Aku biarkan..

   Orang baru main skate memang sebok sama traffic.. Bukan traffic jalan raya owkey?? Ini lagi bahaya.. Ini melibatkan maruah dan harga diri.. Depan aku ada satu kumpulan perempuan berpurdah.. Pakai jubah.. Tapi main ice skating juga.. Owkey.. Aku rasa mereka umpama bom.. Berbahaya sama semua orang.. Iyalah.. Kalau mahu dekat sama mereka, bermakna itu satu risiko terbesar di dunia owkey?? Ini ice skating owkey?? Siapa-siapa pon perlu bersedia untuk dianggap sebagai sebuah dinding... Kalau aku dekat sama mereka dan ditakdirkan secara malang untuk jatuh tergolek, mereka akan dijadikan sasaran aku berpaut.. Dan itu adalah satu jenayah owkey?? Mahu kena rembat sama mak bapak mereka kaa?? Aku tak mahu.. Jadi aku skate secara berhemah sahaja... Bila mahu pandai Hakim?? Entah.. Aku pasrah secara terpaksa sahaja owkey??

   Bila sudah rehat 5 kali, baru boleh skating secara cemerlang.. Owkey.. Bukan senang owkey?? Kau orang jangan cakap ice skating adalah suatu kerja semudah ABC.. Jangan tipu.. Tapi aku sangat puas hati kerana misi balas dendam sudah selesai.. MISSION COMPLETED!!! Eheheh.. Iktakimas!~

p/s: Fotopages Updated!! --> http://hakimiraikkonen.fotopages.com

Posted at 12:14 pm by hakim
Komen sini!! 8 komen sudaa..  




Friday, May 09, 2008
Reverse Psychology

   Relax bro,
Jadilah cikgu dengan niat utk membantu bangsa kita menjadi bangsa yang lebih baik.
Kalau murid2 kurang ajar, kita kena lebih reverse psychology dengan mereka ni.
Insya Allah, tawadhu' dan tawakkal, jika kita berniat baik, Allah pasti akan membantu kita..
Insya Allah..
-izham-

   Owkey.. Ini adalah sebuah komen.. Sangat terima kasih.. Secara jujur dan berterus terang, sekarang aku bukan meng'reverse psychology' budak-budak.. Sekarang budak-budak tu yang dah reverse psychology aku secara total... Sekarang aku sangat suka sama budak-budak tersebot.. Bukan semua owkey?? Cuma beberapa kelas.. Tapi secara realitinya, beberapa kelas tersebot sudah buat aku sangat jatuh chenta sama profession perguruan.. Owkey.. Kelas depan.. Biasalah kan? Sangat happening.. Aku masuk sahaja, belum sempat duduk, mereka sudah tanya macam-macam.. "Cekgu dah makan?".. "Cekgu, ajar la bab 5 cepat.. Cerita banyak-banyak!".. Bila student sudah tunjuk minat, kita pon akan jadi sangat termotivasi.. Mereka sangat klaka owkey?? Terima kasih yaa murid-muridku.. Ahahahahah..!!

   Semalam ada seorang cekgu datang jumpa aku secara personal.. Aku bukan seorang yang senang didekati owkey?? Jadi cekgu tersebot sudah mencipta sebuah rekod agung kerana mendekati aku secara tak diundang.. Kemudian buat aku gelak teresak-esak.. Dia cerita, anak murid dia cakap pasal aku... Student tersebot minta dia suruh aku kahwin sama cekgu  Putri.. Owkey, satu bilik guru gelak tahu? Satu bilik guru.. Suka-suka hati mahu jodohkan kau orang punya cekgu.. Ahahahahahah!!! Ingat aku kuceng kaa mahu kahwin suka-suka hati?? Ahahahah!!~ Adoi laaa budak-budak ni... Faktanya, aku tak kenal sama cekgu Putri.. Aku tak tahu siapa-siapa bernama Putri di sekolah tersebot owkey?? Yang aku kenal cuma cekgu Husna yang happening dan Cekgu Normala SAHAJA... Aku memang seorang alien senyap...

   Sambung.. Semalam Pn. Rahimah bagi tahu minggu depan last aku mengajar.. Aku tahu.. Aku sangat tahu.. Tapi aku tak mahu ingat.. Sekarang ingatan tersebot buat aku sangat sedey owkey?? Sedey.. Menangis terbahak-bahak.. Guling-guling.. Meraung-raung.. Ehem.. Aku tipu.. Aku tak menangis terbahak-bahak.. Itu adalah hiperbola semata-mata.. Aku cuma sedey.. Serius owkey? Aku sedey mo tinggal student.. Kerana mereka sangat happening... Berita baiknya, aku dapat celebrate Hari Guru... Aku pesan sama student, belikan aku hadiah besar-besar.. Tapi seorang student 1B jawab.. "Cekgu, hadiah besar-besar pon, cekgu susah nak bawak.. Cekgu naik motor je..!" Owkey.. Itu diakui.. Tak guna.. Ahahahahah....!!! Kan aku cakap, mereka sangat klaka.. Tapi cekgu mahu hadiah mahal-mahal owkey murid-murid?? Ahahahah...! Aku seorang cekgu yang sangat materialistik.....~ Iktakimas!~~~ ^_^

Posted at 11:07 am by hakim
Komen sini!! 9 komen sudaa..  




Next Page
 
:: My Profile ::

icemanz.kimi@yahoo.com


Real Name: Khairul Hakim

Status: Single but not available

Fav Food: Western food; my mom's cook.

Fav Drink: Pepsi Ice; Nestea Ice Rush; 7Up-Ice

Fav Artist: Avril Lavigne; In-Team; UNiC; Raihan

Fav Song: All of Avril songs; Ratu Syahadah; Rabiatul Adawiyah; Ainul Mardhiah

Education:

Tadika Kemas Bt8 1/2

SK. Bukit Kapar

SMK Tengku Idris Shah

SMK Sg. Kapar Indah

Universiti Utara Malaysia (Bachelor of International Affairs Management)


online


:: icegurlzs9 ::

:: icecutie ::

:: fiffy ::

:: ikma ::

:: cuya ::

:: yun ::

:: Diana*Darwisyah ::

:: chika ::

:: topek ::


:: www.pitstop.com.my ::

:: www.F1-Live.com ::

:: www.bravenet.com ::

:: www.blogdrive.com ::

:: www.photobucket.com ::

:: www.scukz.com ::


:: Mika Hakkinen ::

:: Kimi Raikkonen ::


Wanna see my foto's? Click here

Last Updated On : 08 Jan 2008







 
:: My Archive ::
<< June 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30

Sila klik pada tarikh berwarna untuk melihat entry terbaru atau yang lepas..:: Latest Updated - :: KHIDMAT PESANAN RINGKAS [26 jUN 2008] ::

07 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT BERJUANG BUAT:

:: NaNi :: Dani :: Lokman :: Edayatul :: Aniem :: Faiz :: Ain :: Zunnur :: Suhaira :: Shahirah :: Wani :: Fifi :: Nazran :: Adib :: Epa :: Nadia :: Ros :: Mel :: Kak Sofia :: Kak Odah ::

Semoga kita sama-sama menggapai kecemerlangan...


"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata, tetapi hari ini adalah kenyataan, dan penentu siapa kita."

"Minda umpama sebidang tanah.Apa yang disemai, itu yang dituai. YOU REAP WHAT YOU SOW."

"Life will never be the same, live is changing. So, MOVING ON UP!!"

"Cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya."

"Sesuatu tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan,namun tiada kebahagiaan tanpa tindakan"



Anda Adalah Pengunjung Ke

Free Website Counter
Free Website Counter






 
:: Contact Form ::
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



Copyright 2008 Khairul Hakim. All Rights Reserved