Saturday, May 03, 2008
Conteng Rakus-rakus.

   Sesat!! Secara tiba-tiba masuk ke CC dan update blog secara takda perasaan. Update blog tanpa perasaan bermakna segala penulisan perlu diabaikan. Jangan ambil kisah. Jangan baca. Tipu.. Kau orang mesti baca. Baca secara perlahan-perlahan owkey? Baca dengan penuh perasaan. Kerana ini entry kesian. Apa ni? Entah. Mengarot.. Jadi perenggan ini tamat. Aku mahu letak noktah. NOKTAH!!

   Sambung.. Minggu depan last aku mengajar anak-anak muridku yang budiman. Ahahahah..!! Sangat gembira tahu? Minggu lagi satu mereka sudah ambil exam. Mereka akan jawab BM dan Sejarah secara tak tentu arah... Aku tak tahu.. Tak mahu ambil tahu.. Kejamkan? Takdalah.. Aku kan seorang cekgu yang baik hati.. Jadi aku akan bagi apa-apa yang akan masuk exam nanti... Lepas tu kau orang pandai-pandai lah bodek cekgu Noor Maziah yang kejam dan kedekut markah tersebot. Ahahahah...! Tak tahu!! Ehem.. Minggu ni sangat tak guna. Jadual berubah 2 kali.. Hari Rabu aku ada 5 kelas.. Itu boleh dikategori sebagai 'damn' owkey? Ingat senang kaa 1 hari 5 kelas?? Ingat aku robot kaa?? Adoi...~~ Nasib baik aku adalah seorang yang taat.. Aku ikot lah.. Takpalah.. Apakan dayaku cekgu yang kesian.. Tak guna..

   Ehem.. Tinggal hal sekolah... Takda selera mahu cerita.. Owkey!! Aku sudah ada perancangan... Perancangan untuk mengikis duit gaji.. Ini perbuatan kurang sehat owkey murid-murid?? Jangan tiru.. ICE SKATING.. Ini lebih kurang operasi balas dendam lah. Balas dendam terhadap snow.. Jangan gelak lagi. Tragedi Bukit Cahaya sudah jadi history.. Kali ini mesti betul-betul dapat rasa ice. Kalau tak dapat jugak, aku kasi bom Sunway Pyramid. Tapi masalahnya Ice Skating kat situ takbley snap gambar. Kecewa owkey?? Sangat kecewa... Tapi aku kan seorang yang tak suka undang-undang.. Aku snap juga secara haram nanti... Ahahahah!!.. Aku memang sangat berani.. Berani macam seorang Power Rangers.. Kau orang doakan aku owkey?? Doakan aku dapat rasa sejuk ice tersebot.. Kemudian meluncur dan melakukan aksi-aksi fleksibel.. Kemudian berpusing-pusing.. Kemudian pening lalu menghempas kepala pada tembok.. Ahahahah..!! Itu nasib orang kesian.. Macam sangat desperate sama snow kan?? Apa-apa lah...

   Adik ada exam minggu ni... Jadi beliau akan jadi sangat sebok.. Test hari tu adik dapat result baek.. Owkey lah.. Semua A.. Pandai adik abang.. Blaja rajin-rajin ntok exam ni yaa adik?? Study smart.. Jaga kesihatan waktu exam... Jaga makan minum... Alahai... Sangat windu sama adik kecik.. 3 minggu lagi dia balik.. Hoyeeeeee!!! Sangat suka.. Cepat-cepat exam yaa adik.. Hahahak!!!~~ Windu Adik abang...~~ Hoh... Aku sudah sangat blur.. Mahu stop tulis-tulis owkey?? Sekian terima kasih.. Iktakimas.. Hoho~~ ^_^

Posted at 05:32 pm by hakim
Komen sini!! 9 komen sudaa..  




Friday, April 18, 2008
Update Secara Tiba-tiba..

   Secara jujurnya aku sangat takda masa untuk update blog.. Secara tak jujurnya aku sangat benci dengan blog.. Benci yang dibuat-buat. Sebab bila aku sudah jadi sangat benci, bermakna aku akan berpura-pura takda masa nak update. Jadi kau orang takkan tanya, "Mana pergi??"... Sebab aku sudah bagi answer dia, "Aku benci dengan blog!!".. Itu secara tidak jujur owkey.. Aku ulang, tidak jujur sama sekali.. Apa ni?? Eheh.. Betul lah. Aku takda masa. Takda masa kerana aku sudah jadi seorang pendidik. Pendidik?? Ahahahah..!! Klaka?? Suka hati kau oranglah. Aku sudah jadi seorang cekgu tahu?? Seorang cekgu di SMK MERU... Seronok?? Sangat tak guna tahu?? Sangat tak guna...

   Suatu hari yang sangat terang benderang hari tu, aku pergi office SMK MERU. "Kak, ada kerja untuk cekgu ganti tak?" Aku sangat optimis, jadi cekgu itu adalah sesuatu yang sangat seronok. Sangat seronok. Senang lenang... Lepas tu akak debab tersebot mula call sana sini. 10 minit kemudian, dia tanya, "Dik, ajar matematik tingkatan 3 boleh?".. Aku jadi sangat pelik. Sangat tak masuk akal. Sangat tak guna. Dia perli ka?? Aku punya math sangat buduh. Nak aku ajar ka? Tak guna. Aku cakap tak nak. Dia pun call lagi sana sini. "Dik, ajar BM dengan Sejarah lah, owkey??".. Aku sangat hepi lah. Kerana itu subjek senang untuk diajar. Fikiran aku masa tu lah. Sebab aku suka 2 subjek tersebut. "Petang ni start mengajar." Ahahahahahah..!! Kepala otak engkau. Aku sangat tak boleh terima.. Tapi terpaksa terima. Ingat aku bos kaa nak decide bila aku nak kerja..?

   Owkey. Sudah petang.. Ehem.. Tengah hari owkey? Aku pon sudah jadi seorang cekgu.. Masuk bilik guru.. Duduk secara diam-diam.. Tiba-tiba aku jadi sangat pening.. Pening dengan kerja yang entah apa-apa.. "Cekgu Khairul, tolong hantar 5 buku tatabahasa kat panitia.".. Gila ka? Aku baru masuk sudah mahu hantar itu ini.. "Cekgu Khairul, kena buat marksheet untuk ujian selaras satu yaa?".. Apa sheet-sheet? Mau mati kaa?? Huh.. Sangat penat tahu jadi cekgu.. Penat. Aku sangat serius.. Penat dan tak seronok. Tak seronok.. Sekarang baru padan muka. Baru tahu jadi cekgu itu penat. Sangat penat. Cekgu-cekgu, aku sangat tabik sama kau orang. Salute.. Salute spring.. Owkey..? Aku sangat kagum sama orang bernama cekgu.. Nak rasa? Cubalah jadi cekgu. Cekgu BM owkey? Cekgu BM. Setakat cekgu pendidikan jasmani dan kesihatan tu, aku tendang jauh-jauh. Owkey??

   Konklusinya, aku sangat tak sesuai jadi seorang cekgu. Kerana cekgu perlu sabar. Aku sangat tak sabar dengan manusia kurang ajar. Aku rasa mahu pijak perut dia kasi terburai segala isi perut. Owkey? Aku seorang yang tak boleh tahan dengan pengkurang ajar. Jadi, bulan Mei nanti, aku mahu bersara. Ahahahahah!! Aku tak kira. Penat.. Hidup jadi sangat stress. Aku mahu rehat.

Posted at 03:18 pm by hakim
Komen sini!! 20 komen sudaa..  




Wednesday, March 26, 2008
Fantasi Khamis

   Inilah kalau sangat degil sama bunda.. Inilah kalau sangat malas mahu tutup plug waktu hujan.. Inilah kalau sangat suka pandang rendah sama itu PETIR. Sekarang padan muka aku. Ahahahah.. Secara sukacita dimaklumkan bahawasanya PC aku sudah musnah. Sudah tak mahu hidup. Sudah mati tak bergerak-gerak lagi. Kesian.. Sukacita? Iyalah.. Ini bermakna aku sudah punya peluang cerah mahu dapat laptop. Ahahahahah... Kalau la dapat.. Kalau tak boleh dapat, bermakna itu adalah satu malapetaka. Siapa mahu edit gambar? Siapa mahu update blog?? Kau orang juga yang jadi sangat kesian. Ulya juga akan menangis-nagis mahu baca 'karya agung' cekgu dia. Ahahahah.. Puas hati lah itu Ulya kerna nama dia sudah naik.

   Dia sudah tak mampu bergerak. Aku buat post mortem secara menyeluruh. Tapi tak dapat dikenal pasti apa puncanya. Memanglah angkara petir. Tapi aku tak tahu apa sudah jadi pada isi perutnya. Semuanya baik sahaja. Tapi kenapa tak mahu hidup? Aku tak bagi makan ka? Aku kurang bagi kasih sayang ka? Kasih sayang? Kurang kasih sayang pon mahu ngada-ngada mati ka?? Tak guna punya PC. Ingat aku beli murah-murah? Ingat aku beli mahu suka-suka hati main tembak-tembak sama petir? Tak mengenang jasa. Lembik. Bapok punya PC. Sekarang aku cuma mampu angan-angan sahaja.. Kalaulah aku seorang ajaib. Kalaulah aku ada kuasa yang power-power, mesti aku kasi tembak api-api dari tangan aku kat CPU tersebot. Kasi dia baik dan sehat sejahtera. Kemudian aku guna lagi kuasa ajaib tukar segala isi perut dia kasi lagi laju-laju. Lepas tu aku kasi tangan sama kaki, supaya dia jadi seorang robot. Ahahahah!! Tak payah la buat robot kalau ada kuasa ajaib kan? Kan? Itu angan-angan David Coperfield sahaja. Bukan angan-angan Mat Jenin. Ini fantasi. Secara konklusi dan realitinya, aku tak mampu buat apa-apa. Ahah! Tipu. Aku TAK MAHU BUAT APA-APA. Aku mahu laptop juga. Terima kasih yaa petir. Eheh~~

   Paragraph ini macam sentimental. Aku gembira dalam sedih. Sedih kerana minggu lepas sangat tak guna. Semua benda terasa sangat kelam kabut. Semua benda mahu fikir. Fikir perkara-perkara kritikal sangat tak seronok. Otak akan jadi sangat panas. Hati macam kena pijak lumat-lumat. Kan bagus kalau fikiran ni boleh pakai dan buang. Hari ni fikir benda ni. Esok buang, kasi fikir benda lain. Tapi kalau macam tu, manusia akan jadi sangat buduh la kan? SPM pon kena buat hari-hari. Sebab kalau buat esok hari, murid-murid akan jadi histeria. Tak ingat apa-apa. Binatang-binatang pon sudah lupa mereka siapa. Maka akan jadi lah peristiwa-peristiwa tragis dan ajaib. Ayam kahwin sama kura-kura kaa, kucing makan sayur kangkung kaa... Ahahahah..!! Apa ni? Fantasi lagi. Seronoklah kalau fantasi boleh jadi reality secara suka-suka kan?? Ehem.. Apa-apalah.. Jadi minggu lepas sangat tak gembira. Sangat tak suka. Adik pun tak suka. Kan adik?? Aku mahu cari eraser paling power, dan padam semua masalah. Owkey? Jangan ingat lagi owkey? Kalau ingat juga, kasi shoot aku punya kepala. Jadi macam PC juga.. Habis cerita..

   Ehem. Adik.. Adik ada minggu aktiviti. Jadi tiap-tiap hari mengadu penat... Kesian adik kecik.. Ahahahah.. Hari tu adik 'jatuh tersembam dari belakang'.. Ahahahah.. Itu cakap adik lah.. Dia memang suka buat peribahasa secara terbalik. Kan senang kalau cakap jatuh terlentang. Ahahahahah.. Hari tu dia cakap dengan kawan dia.. Aku dengar sahaja. Tiba-tiba keluar ayat "Aku tak nak jadi macam timba cari perigi". Terbalik lagi peribahasa dia.. Mahu jadi perigi cari timba kaa adikku?? Eheh.. Jangan lah. Dia memang kurang pandai sama peribahasa. Takpalah kan adik... Kat MRSM tu blaja la peribahasa baek-baek yaaa?? Eheh.. Esok adik balik rumah atok. Hoyeh!!! Sangat suka macam monkey dapat flower. Tapi lepas tu, satu bulan lagi baru adik dapat cuti lagi.. Adoi... Takpalah yaa adik.. Bulan 6 nanti ada cuti semester. Adik balik sini, abang promise bawak adik abang jalan-jalan, round-round.. Owkey? Adik jaga diri baik-baik.. Blaja rajin-rajin taw.. Sahayang adik abang..~~

   Ehem.. Sambung.. Sambung? 4 hingga 5 perenggan sahaja owkey? Aku buat panjang-panjaang kau orang takkan baca. Entry ini handwriting tahu? Sampai CC baru taip kembali guna PC. Inilah namanya pengorbanan seorang blogger. Kau orang tak kesian kaa? Kau orang apa tahu? Tahu baca dan bersuka-suka sahaja. Tapi tak mahu komen secara konsisten. Kak Kiiinah sahaja yang baik hati. Dia memang seorang yang setia. Ahahahah.. Kena marah. Mintak sori la.. Nanti bagi anugerah sama Kak Kiiinah yaaa?? Eheh.. Owkey.. Tangan sudah terkejang-kejang.. Mahu berhenti.. Kan seronok kalau aku adalah seorang ROBOCOP. TRANSFORMERS kaa.. Tak perlu penat-penat.. Fantasi lagi.. Ahahahah.. Owkey, sekian terima kasih. Iktakimas.. Hoho~~ ^_^

Posted at 01:12 pm by hakim
Komen sini!! 13 komen sudaa..  




Monday, March 17, 2008
ASTRO Dan Asam Pedas

   Kau orang sangat kesian. Kena tinggal lama-lama.. Padan muka.. Itulah, tak mahu komen entry.. Aku merajok. Ahahahah.. Sekarang sudah habis merajok. Air mata sudah lap kering-kering. Hingus sudah dibuang. Yaa.. Aku tipu. Aku tidak menangis. Aku tipu sahaja. Aku bercuti sebenarnya. Bercuti di rumah.. Sama adik comeyl. Kan adik?? Banyak benda sudah jadi sepanjang 1 minggu.. Benda yang seronok dan benda yang sangat tak guna. Benda tak guna tak payah cerita. Kerana itu akan merosakkan mood secara serta merta. Jadi aku mahu cerita benda yang seronok, macam seronok, dan boleh kata seronok. Ok.. aku tak suka perkataan seronok.. Kerana perkataan itu hodoh... Mahu tukar gembira... Owkey? Aku mengarot... Tahu.. Ini normal.. Bila sudah berhenti tulis lama-lama, maka secara konsistennya, entry akan dimulakan dengan sesuatu yang mengarot. Itu tak dapat diubah atau ditransformasikan. Apa ni?? Sudah..

   Ehem.. Aku sudah memiliki sebuah ASTRO. Ahahah.. Yeay! Jakun. Sebuah ASTRO itu tidak memberi kesan mendalam pada aku. Kerana aku bukan seorang yang sangat gila pada objek bernama TV. Tetapi bunda.... Bunda... Bunda sudah kena penyakit. Penyakit ASTROGILITISANIMALPLANETO. Tidak berjangkit. Tapi cukup untuk memporak perandakan dapur. Beliau sangat suka cerita Animal Planet. Sekarang dia sudah bertukar citarasa. "Tak mahu lagi TV3.. Nak cerita binatang-binatang." Aku sebagai anak yang taat setia, pon tukar channel. Animal Planet. Ada singa sedang bersusah payah kejar kijang. Bunda mula menonton secara excited. Bunda sokong singa. "Kejar la cepat! Nanti kijang tu lari! Cepaatt!!" Bunda sudah memulakan tugas sebagai pengacara TV. Dia juga seorang perancang strategi.. "Kenapa singa seekor tu ikut kejar jugak..?? Jaga la depan dia..!!"... Bunda cakap macam seorang coach. Kemudian singa tersebot dapat tangkap kijang.. Tiba-tiba bunda bertukar watak.. Bunda sokong kijang pula.. "Kesian kijang tu... Jahat betul singa tu..."... Aku diam sahaja.. Bunda seorang serampang dua mata. Ahahahahah!!! Bila penyakitnya datang, beliau mula melakukan perkara di luar batasan pemikiran manusia. Pernah makan asam pedas + BREEZE?? Tak pernah.. Aku tahu.. Tapi bunda pernah buat itu.. Ini adalah sebuah realiti tahu? Kerana beliau sangat leka dengan TV. Bunda sudah jadi seorang yang pelupa. Jadi hari itu aku sangat kempunan sama asam pedas.. Kerana bunda buang itu asam pedas.. Iya lah.. Asam pedas sudah keluar buih membuak-buak... Nak makan? Mau mati kaa? Tak guna punya ASTRO.

   Aku takda kemahuan sama ASTRO. Jadi sepanjang 1 minggu, aku sangat tidak excited untuk berdating sama televisyen. Televisyen.. Ahahahah.. Itu macam perkataan kuno kan? Bahasa sanskrit. Ahahahah.. Zaman P.Ramlee punya bahasa. Apa-apa lah.. Aku takda kemahuan langsung nak menyentuh remote control biru tersebot. Aku cuma habiskan masa sama adik.. Kerana adik demam 4 hari waktu cuti. Dia seorang yang kesian juga. Tak dapat pergi Genting Highland. Iyalah.. Demam demam mau pergi sana? Aku tak mahu bunuh adik sendiri. Gila. Aku kan seorang abang yang responsible. Jadi aku jaga adik sahaja. Sampai adik baek demam. Baru boleh borak-borak sama dia. Adik memang seorang pengumpul cerita. Banyak koleksi. Jadi bila dia balik, banyak benda mau cerita. Aku pon dengar sahaja. Jadi mesin penyerap cerita. Gelak-gelak sama adik.. Sangat seronok gembira.. Ahahahah.. Tapi sekarang adik comeyl sudah balik asrama.. Alahai.. Sekejapnyaaa cuti dia.. Belum lepas miss, sudah kena balik lagi.. Uh... Takpa laa adik kan....? Lagi pon adik sudah bawa handphone.. Bole borak juga.. Adik keklok kat sana ae..?? 28hb nanti adik cuti lagi, kita borak-borak lagi owkey?? Take care... Blaja baek-baek.. Hati-hati... Jaga makan minom... Ingat pesan abang tau adikku??~ Sayang adik abang...... Adikku.. Adikku... Adikku.... Huhuhuh..

   Secara honest, aku takda kemahuan untuk update blog ini.. Kerana aku belum ada idea yang sangat exciting. Kerana aku tiada aktiviti yang seronok. Kerana aku sangat malas mahu buat aktiviti. Aku bukan seorang pemalas. Hanya malas mahu buat aktiviti sahaja. Apa-apalah. Tapi aku fikir sama kau orang.. Kau orang mesti tunggu blog ini di update. Kan?? See?? Aku sangat sayang sama kau orang. Aku kan blogger yang bertanggungjawab. Ahahahah. Geli. Jadi aku buat juga entry tak seronok gembira ini. Tapi bila aku kena tagged, aku takda rasa tanggungjawab nak buat.. Ahahahahah.. Mintak sori. Tapi atas dasar menjaga hati dan perasaan para pen'tagged', aku akan buat juga. Tapi bukan secara live di sini.. Aku akan buat link sahaja. Kerana bila aku selesaikan tagged tersebot di sini, bermakana aku menconteng arang ke muka blog ini. Blog akan jadi sangat hodoh. Tak kemas. Tak harmoni. Tak membahagiakan. Faham?? Tunggu yaa cicakgirls dan syifa.. Eheh.. Aku sudah janji mahu buat 4-5 perenggan sahaja kan?? Itu adalah merajok yang berkekalan. Ahahahahah...!! Jadi cukuplah entry ini. Komen!! Aku mahu buat anugerah.. Siapa-siapa komen paling banyak setiap bulan, aku akan bagi anugerah.. Tapi untuk mereka yang ada blog sahaja. Yang miskin takda blog, jangan mimpi. Nak letak mana anugerah tersebot? Atas kau orang punya kapla?? Ahahahah!! Itu adalah kerja-kerja penghargaan. Kerana aku seorang blogger yang baek hati.. Eheh!~ Tahu? Iktakimas. Sekian terima kaseh... Hohohoho~~~ ^_^

Posted at 01:25 pm by hakim
Komen sini!! 11 komen sudaa..  




Tuesday, March 04, 2008
Pening+Sesat!!

   Aku mengantok... Sangat mengantok... Tapi aku kan sudah kena sawan tulis-tulis.. Jadi aku tulis jugalah. Ehem.. Aku sudah sangat sakit mata.. Macam orang sambut hari Gawai... Gantung-gantung... Bendera-bendera... Muka orang sana sini.. Paling tak tahan, ada muka K.E.L.I.N.G jugak.. Aku rimas lah.. Aku tak suka. Tahu lah sudah mahu PILIHAN RAYA.. Tapi jangan lah rumah aku jadi mangsa.. Tak guna... Malam tadi aku nampak dia orang gantung poster. Lepas tu hujan turun. Pagi ni aku tengok poster-poster tersebot sudah tidak tergantung.. Sudah masok dalam longkang.. Ahahahah.. Padan muka.. Rumah aku berdaulat tahu? Jangan suka-suka gantung poster. Ini bukan ZOO NEGARA kau orang nak buat suka-suka. Ini rumah orang. Aku tak suka cakap politik di sini. Sebab aku belum boleh mengundi.. Tapi aku sudah jadi pemerhati politik. Aku sangat suka politik...

   Hari tu ayah bawa balik bendera.. Sebuah bendera.. Entah mana dia ambik. Bunda cakap "Huh, macam bendera JEPUN." Ahahahah!! Tak boleh tahan.. Bunda tak suka parti itu.. Kerana parti itu kucar kacir.. Jadi mereka mula berhujah.. Bunda cakap macam ni.. Ayah cakap macam tu. Aku tahu mereka banyak merepek. Aku tahu mereka buat fakta-fakta terpesong. Ahahah.. Kesimpulannya, mereka sama SAHAJA. Ayah cakap "Kalau PAS menang, yuran sekolah tak payah bayar." Bunda balas "Alah, bukan ada lagi anak yang sekolah, sebok-sebok pasal yuran nak buat apa??." Ahahahah... Ayah cakap, "Aku tak suka Pak Lah tu, dah tua. Asyik tidur saja". Bunda balas "Nik Aziz tu muda sangat ke? Berapa umur dia?". Ayah jawab, "Mana aku tahu umur dia berapa." Aku sudah tak tahan tengok mereka buat kelakar.. Tapi aku tak mahu gelak.. Kerana aku seorang anak yang sangat menghormati orang tua... Tapi, kalau urat saraf aku macam sudah kena geletek-geletek, sape tahan kan? Aku pon "KAHKAHKAHKAHKAH!!!!" ketawa teresak-esak. Sangat kelakar tahu?? Petang tersebot ayah sudah pacak bendera bulan. Bunda tak suka. Tiba-tiba bunda keluarkan bendera biru. Biru gelap. Entah mana dia dapat. Aku tak tahu.. Serius aku tak tahu. "Akeem, gantung bendera ni. Tinggi-tinggi. Lagi tinggi dari bendera JEPUN tu." Aku gelak lagi. Apa benda lah dia orang ni.. Ahahahahahahahah!!!! Tua-tua pon mahu gaduh pasal parti. Tak payah lah. Pangkah saja senyap-senyap sudah lah kan? Ehem...

   Semalam pergi KLANG PARADE. Bowling!!! Suka?? Taaakk.. Dulu aku sangat suka.. Suka yang tak boleh ditahan-tahan. Tapi sekarang sudah sangat kurang suka.. Pencinta teddy bear pon ikot sama.. FARAH.. Sekarang sudah bergelar USTAZAH FARAH. Dia sudah laen.. Baling bola pon kena baca BISMILLAH.. Dia sudah jadi sangat menakotkan.. Nasib baek dia kalah.. Macam selalulah kan? Ahahahahah!! Itu perkara biasa bagi Farah. Ehem.. Aku pon kalah juga.. Tapi tak mengapalah kan kawan-kawan? Aku sudah lama tak main. "Alasan!!".. Betul lah... Lagipon sebelum ni aku sangat sebok sama STPM.. Adik pon sudah mahu ambil PMR.. Aku kan seorang abang yang amat bertanggungjawab, jadi kena make sure adik tido belajar bersungguh-sungguh.. Kan adik kan? Oleh kerana itu aku sangat pelik sama bowling sekarang. Kami jakun.. Sebab sudah lama tak maen.. Jadi kami jadi sangat jakun macam orang pertama kali maen. Snap gambar sana sini.. Bila orang ambil gambar aku, aku baling dengan bersungguh-sungguh. Sangat bergaya. Langkah dibuka.... Mata difokus.... Tangan dihayun.... Bola dilepas.... Masuk longkang!! Tak guna.. Cina sebelah sudah gelak-gelak suka hati tengok aku.. Aku buat selamba lah.. Cakap kuat-kuat "Warm Up!! Warm Up!!" sambil konon-konon bersenam Seni Malaysia.. Urrhh~~!! Sudah. Kan aku cakap sudah lama tak main.... "Alasannn!!". Diamlah.

   Ehem.. Adik sudah bawa handphone pergi maktab.. Jadi aku sangat senang hati lah. Yang tak senang hatinya, adik demam.. Alaa.. Adik abang demam..~~ Shian dea.. Bila dea demam , aku kena call la dea hari-hari sebelom tido.. Cakap-cakap dengan dea.. Bagi dea happy.. Bagi dea gelak-gelak, baru suruh dea tido.. Kalau tak, aku yang tak boleh tido... Risau sama adik comely... Um... Aku tak boleh biar adik diam sepanjang hari.. Kerana aku akan rasa sangat tak senang hati. Aku kena dengar dea happy supaya aku tahu dea bahagia.. Tadi adik cedey.. Kuiz math dea macam terok.. "Abang... Tadi ade kuiz math... Tak bley jawab.. Soalan tu senang sangat.. Budak darjah 6 pon tau jawab...". Jadi aku mulalah cakap itu ini tenangkan adik.. "Adik-adik, takmow camni la.. Adik kena semangat.. Ni baru 1st kuiz adik.. Sok-sok masih banyak lagi kuiz ngan test adik kena ambik.. Then buktikan kat semua orang adik boleh jadi yang terbaik owkey? Jangan jadikan kegagalan hari ni sebagai peluntur semangat, tp jadikan hari ni sebagai pembakar semangat!! Adik kena semangat!! Meh-meh, abang tiop semangat kat adik.. Fuuh~~ Fuhh~~". Adik gelak.. Aku lega lah.. Adik sudah hepi balik.. Petang tu dea update blog.. Hah!! Adik sudah update blog buat pertama kali dalam sejarah..!! Meh-meh tengok.. Lalalalala~~ >>> http://icecutie.blogdrive.com . Adik abang hepi-hepi kat sane yea?? Jaga diri tau adik comeyl??... Sayang adik.. ~~ :)

   Aku tak mahu tulis panjang-panjang lagi lah.. Aku tulis panjang-panjang bukan kau orang baca sangat pon. Aku tahu. Jadi aku mahu merajok. Ahahahah!! Esok-esok aku tulis 4-5 perenggan sahaja owkey?? Ehem, aku mahu merajok lagi terok-terok.. Jadi aku mahu diam-diam untok 2 minggu.. Owkey?? "Alaaa." Takde alaa-alaa... Lagipon minggu ni adik balik rumah.. Kan aku sudah cakap, aku mesti kena tahanan reman dengan adik. Jadi, aku mahu diam juga!! Tak peduli. Hoi! Hoi! Aku rasa entry ini sangat tak seronok dibaca. Jadi aku dengan suka citanya berhenti di sini!! Sekian terima kasih.. Iktakimas.. Hoho~~ ^_^

Posted at 11:27 am by hakim
Komen sini!! 15 komen sudaa..  




Previous Page Next Page
 
:: My Profile ::

icemanz.kimi@yahoo.com


Real Name: Khairul Hakim

Status: Single but not available

Fav Food: Western food; my mom's cook.

Fav Drink: Pepsi Ice; Nestea Ice Rush; 7Up-Ice

Fav Artist: Avril Lavigne; In-Team; UNiC; Raihan

Fav Song: All of Avril songs; Ratu Syahadah; Rabiatul Adawiyah; Ainul Mardhiah

Education:

Tadika Kemas Bt8 1/2

SK. Bukit Kapar

SMK Tengku Idris Shah

SMK Sg. Kapar Indah

Universiti Utara Malaysia (Bachelor of International Affairs Management)


online


:: icegurlzs9 ::

:: icecutie ::

:: fiffy ::

:: ikma ::

:: cuya ::

:: yun ::

:: Diana*Darwisyah ::

:: chika ::

:: topek ::


:: www.pitstop.com.my ::

:: www.F1-Live.com ::

:: www.bravenet.com ::

:: www.blogdrive.com ::

:: www.photobucket.com ::

:: www.scukz.com ::


:: Mika Hakkinen ::

:: Kimi Raikkonen ::


Wanna see my foto's? Click here

Last Updated On : 08 Jan 2008







 
:: My Archive ::
<< July 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01 02 03 04 05
06 07 08 09 10 11 12
13 14 15 16 17 18 19
20 21 22 23 24 25 26
27 28 29 30 31

Sila klik pada tarikh berwarna untuk melihat entry terbaru atau yang lepas..:: Latest Updated - :: KHIDMAT PESANAN RINGKAS [26 jUN 2008] ::

07 ZULKAEDAH 1428 HIJRAH
TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN ANDA

SELAMAT BERJUANG BUAT:

:: NaNi :: Dani :: Lokman :: Edayatul :: Aniem :: Faiz :: Ain :: Zunnur :: Suhaira :: Shahirah :: Wani :: Fifi :: Nazran :: Adib :: Epa :: Nadia :: Ros :: Mel :: Kak Sofia :: Kak Odah ::

Semoga kita sama-sama menggapai kecemerlangan...


"Semalam adalah sejarah yang tidak boleh dipinda, esok adalah khayalan yang belum nyata, tetapi hari ini adalah kenyataan, dan penentu siapa kita."

"Minda umpama sebidang tanah.Apa yang disemai, itu yang dituai. YOU REAP WHAT YOU SOW."

"Life will never be the same, live is changing. So, MOVING ON UP!!"

"Cara terbaik untuk meramal masa depan ialah dengan menciptanya."

"Sesuatu tindakan tidak semestinya membawa kebahagiaan,namun tiada kebahagiaan tanpa tindakan"



Anda Adalah Pengunjung Ke

Free Website Counter
Free Website Counter






 
:: Contact Form ::
Contact Me

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



Copyright 2008 Khairul Hakim. All Rights Reserved